Bosan dengan nasi goreng biasa. Kali ni nak makan nasi goreng yang asalnya dari Thai ni iaitu nasi goreng paprik. Jom tengok tengok resepinya.
Penyediaan Nasi Goreng:
Bahan-bahan:
- 2-3 mangkuk nasi
 - 2 biji bawang merah (dihiris)
 - 3 ulas bawang putih (cincang halus/ditumbuk)
 - 2 sudu besar cili kering (yang diblender)
 - 1 sudu besar tom yam paste
 - Sedikit isi ayam
 - 2-3 sudu besar minyak masak
 - 2 sudu kecil garam / secukupnya
 - Serbuk secukup rasa/Serbuk perasa secukupnya
 
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
 - Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sekitika.
 - Kemudian masukkan cili kering dan tomyam paste. Kacau sekata.
 - Tambahkan garam dan serbuk perasa.
 - Kemudian boleh masukkan nasi dan gaul sehingga sekata dan padamkan api.
 
Penyediaan Paprik:
Bahan-bahan:
- 4-5 ekor udang/sotong
 - Sedikit hirisan isi ayam
 - 2 ulas bawang putih (dicincang)
 - 2 helai daun limau purut
 - 1 batang serai (dipotong serong)
 - 1 sudu besar sos tiram
 - 1 sudu besar sos tomato
 - Sayur-sayuran (bunga kubis/putik jagung/kacang panjang)
 - 3/4 biji cili padi (diketuk)
 - 1/4 bawang besar (dimayang kasar)
 - Garam secukupnya
 - 1 sudu kecil gula
 - Serbuk perasa secukupnya
 
Cara-cara:
- Tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau.
 - Masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika.
 - Masukkan sos tiram, sos tomato, dan air secukupnya. Kacau sekata.
 - Masukkan sayur (putik jagung, bunga kubis, kacang panjang).
 - Kemudian masukkan udang/sotong. Biarkan masak seketika.
 - Pastu masukkan cili padi, daun limau purut dan bawang besar.
 - Kacau dan gaul sekata sehingga masak. Padamkan api.
 - Sedia dihidangkan dengan nasi goreng tadi.
 
Selamat Mencuba...=)

nyum2 sedap..thanks for sharing ;)
ReplyDeletewelcome=)
Delete