Followers

Monday, June 10, 2013

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Salam,

Ini resepi hari minggu kami...Sejak diri ni menjadi bos kepada majikan sendiri (suri rumah ler..hehe) hari-hari nak mencuba masakan-masakan baru. Tapi minggu ni, bukan masakan baru pun...kali ni nak makan masakan yang membasahkan tekak dengan resepi masakan kelantan ni iaitu Nasi Kerabu Kelantan. Suami saya memang gemarkan nasi kerabu ni. Kalau boleh nak makan dalam pinggang yang besar, senang nak gaul  katanya.

Saya sebut penuh Nasi Kerabu Kelantan ni bukan apa, sebab husband kata ada Nasi Kerabu Kelantan dan nasi Kerabu Terengganu. Nasi Kerabu Terengganu, katanya tak ada sambal tumis, Nasi Kerabu Kelantan ada sambal tumis. Itu lah yang membeza kedua-dua nasi kerabu ni. Sesetengah orang ada juga yang memanggil nasi kerabu ni dengan nama nasi ulam. Hmmm...apa pun, jom saya kongsikan resepi nasi kerabu yang saya masak ni.



Bahan-bahan (Nasi)
  • 500gm beras
  • Air secukupnya
  • 10 kuntum bunga telang-ambil airnya. (saya panggil bunga ni bunga nasi kerabu, tapi saya gunakan pewarna saja, sebab susah nak dapat bunga telang ni)
Cara-cara:

  1. Satukan beras yang telah dicuci , air, air bunga telang atau pewarna biru di dalam periuk.
  2. Masakkan nasi tadi. (saya senang guna periuk elektrik)
  3. Biarkan ia masak dan apabila sudah masak, hidangkan bersama ulam-ulaman.
Bahan-bahan (Sambal Kelapa)
  • 2 ekor ikan kembung- rebus dan diambil isinya
  • 200gm kelapa parut
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 
  3. Gaulkan kelapa goreng tadi dengan bahan tumbuk. Masukkan garam dan gula.
Bahan-bahan (Tumis)
  • 200ml santan
  • 3 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan budu
  • gula secukup rasa
    Cara-cara:
    1. Masak santan sehingga keluar minyak.
    2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, budu, gula dan garam seukup rasa. Kacau hingga rata dan sebati.
    3. Hidangkan bersama nasi kerabu.

    Bahan-bahan (Ulam):
    • 100gm tauge 
    • 50gm daun serai kampung (jika tiada, boleh digantikan dengan kubis atau daun daun selom)
    • 1 batang serai
    • 1 batang bunga kantan

    Lauk Pauk (pilihan):

    • Telur masin
    • Ikan rebus goreng celup tepung
    • Daging bakar
    • daging goreng @ ayam goreng
    • Keropok @ keropok lekor
    • Solok lada
    • Bawang putih jeruk
    • Atau apa2 aja yang disukai


    Dah siap...








    No comments:

    Post a Comment

    NOTE:

    Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...