Genius aulad


Followers

Friday, June 28, 2013

Ikan Keli Goreng Berlada

Ikan keli? Ramai yang suka, ramai juga yang tak suka. Bagi Ida ok je, sedap..tapi nak masak rumit, sebab bau hanyir dan berlendir. Lagi satu, nak goreng pun susah.....habis meletup letup. Bagi memenuhi cita rasa suami yang gemarkan ikan keli berlada ni, Ida masakkan la jugak. 

Sedap, memang sedap...untuk resepi versi kali ni, saya gunakan lada hijau je, bagi yang nak gunakan lada merah sekali pun boleh. 




Bahan-bahan


  • Ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping (boleh juga guna asam jawa)
  • Secubit gula
  • Secubit garam dan kunyit
  • Bawang Besar (hiasan) 
  • Minyak untuk menumis
  • Secukup rasa

Bahan dikisar :

  • 3 Ulas Bawang putih
  • 2 Ulas Bawang merah
  • 10 biji cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah) - di tumbuk untuk elak terlalu hancur

Cara-Cara
  1. Bersihkan ikan keli. Saya selalu gunakan asam jawa untuk hilangkan hanyir. Lumur pada ikan keli untuk buang lendir. *Ada orang kata gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir. 
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan. Hati-hati mengoreng. Kalau boleh, guna penutup kuali. Nak senang saya goreng dalam Pemanggang Ikan Ajaib (Ikan tak melekat, minyak tak meletup)
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Tambah secukup rasa dan bawang besar yang di potong-potong.
  5. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi
  6. Sedia dihidangkan.

*Ini pula resepi versi cili merah+cili hijau. Bahan-bahan dan cara-cara sama je. Selamat mencuba...






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...