Followers

Tuesday, June 11, 2013

Bercuti ke Pulau Langkawi

Salam..

Ini lah percutian yang di tunggu-tunggu oleh saya dan suami iaitu pergi bercuti ke Pulau Langkawi setelah lama tertangguh untuk datang ke sini. Cadangannya nak pergi honeymoon lepas kawin hari tu (kononnya la..hehe), tapi banyak halangan nampaknya. Akhirnya kami sampai juga ke sini selepas kelahiran baby boy saya ni. Nampaknya kami bertigalah..:) Time ni anak saya dah masuk 7 bulan lebih dah. 



Ini lah tempat kami menginap. Baron Hotel. Hotel yang unik kerana buildingnya macam bendera Malaysia ni. 1 malam RM100 termasuk sarapan pagi sekali. Berbaloi, selesa juga la. 



Kat sana kami sewa kereta Mazda 3 Sport, untuk 1 and half day, RM100. Best kan. Kat sana sewa kereta murah. Sesiapa yang nak ke sana tak perlu risau pasal kereta untuk disewa, turun je feri ramai yang bagi-bagi kad untuk sewa  kereta ni. Tapi my husband dah booked awal-awal kereta kat sana, katanya nak planning yang terbaik..:)


Kami jalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri. Wah..macam rombongan kelab sejarah pulak.hehe...sesiapa yang nak copy photo-photo ni sila kan la, boleh buat portfolio sejarah..hehehe..

 







Ini dia gambar Mahsuri. Ooo.....




Kebetulan time tu memang ada rombongan budak-budak sekolah..:)


Ini Telaga Mahsuri. Ada juga yang jual air telaga Mahsuri ni. Apa kelebihan nya tak berapa pasti...Huhu...



Salah satu lukisan kat situ.


Ini dekat dengan Padang Mat Sirat tempat beras terbakar. Kat sini la kami shopping kain-kain batik. 


Bagi saya, tempat yang paling best kat sini ialah di Geo Park. Tempat kalau nak naik kereta kabel. Tapi, kami tak naik la, sebab risau anak saya yang masih kecil ni. Tapi, pemandangan dan persekitaran di sini memang best. Menarik sangat. 





Ada tasik yang cantik. Boleh tengok ikan..:)



Ini menu untuk dinner. Simple, tapi sedap untuk kami yang kepenatan setelah seharian ronda-ronda ni.



Tempat yang paling best juga ialah Taman Buaya. Best sangat dapat tengok orang buat show beraksi dengan buaya dan bagi makan buaya. Boleh tengok macam-macam spesis buaya dalam sangkar-sangkar buaya. 



Destinasi last kami ialah ke Underwater World. Satu lagi tempat menarik yang perlu dikunjungi.




Apa pun, percutian 2 hari 1 malam ni memang menyeronokkan..Banyak tempat menarik yang dilawati. Tapi rasanya tak cukup masa, jadual kami cukup padat. Yelah nak pergi banyak tempat dalam masa 2 hari je ni.










1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...