Genius aulad


Followers

Thursday, March 13, 2014

Sup Tulang Kambing (Mutton): Resepi dan Petua Memasak

Sebenarnya tak ada niat pun nak beli tulang kambing ni kat pasaraya. Mula-mula ingatkan tulang lembu, sebab rasa macam nak makan sup tulang lembu. Balik rumah baru perasan yang dah terbeli mutton bone. haduiii..hehe...Tak pe la, tulang kambing pun, kalau dibuat sup pun sedap jugak. 

Petua Hilangkan Bau Hamis

Sebenarnya tak gemar sangat daging or tulang kambing, sebab bau hamisnya tu. Tapi bagi sesetengah penggemar daging/tulang kambing bau hamis tu la yang menjadikan rasanya lebih sedap..huhu..


Walau apa pun Ida nak kurangkan bau hamis tulang kambing tu sebelum di masak. Caranya lumurkan sedikit gamdum yang dibancuh dengan sedikit air pada daging/tulang kambing tersebut. Lepas tu biarkan seketika, kemudian bilaskan dengan air. Jika masih ada bau yang kuat, perah kan jus limau nipis ke atasnya dan biarkan untuk beberapa minit sebelum dibilas bersih dengan air. InsyaAllah baunya kurang sikit. 

Resepi Sup Tulang Kambing

Okey..berbalik pada resepi sup tulang kambing ni, supnya sedap berbanding sup-sup biasa. Sebab itu la, menu-menu berasaskan kambing ni agak mahal jugak la. Resepi sup tulang kambing yang Ida buat ni lebih kurang sama je dengan resepi sup tulang yang lain, cuma ada langkah-langkah yang berbeza sedikit untuk memasak tulang kambing ni. 


So, jom tengok resepi sup tulang kambing kat bawah ni. 

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang kambing (rusuk/tulang biasa)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 4-5 hiris lengkuas (kisar)
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • 4-5 biji cili api (dipotong)
  • 1 biji limau nipis (dipotong/dibelah)
  • Daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara:

  1. Rebuskan tulang kambing sehingga empuk didalam periuk dengan api yang sederhana kecil, supaya tulang kambing tidak liat dan masak mengejut. 
  2. Sementara itu, didalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama dengan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. 
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang kambing tadi. 
  4. Tambahkan air untuk kuah jika air rebusan hampir kering. Biarkan mendidih dan biarkan rempah sebati bersama isi-isi dan tulang kambing tadi. 
  5. Selepas itu boleh la masukkan lada sulah, garam dan serbuk perasa. Kacau sekata dan bila biarkan masak, boleh padamkan api.
  6. Semasa menghidang, taburkan dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng. Untuk rasa yang pedas-pedas sedikit boleh masukkan cili api yang dihiris. Perahkan jus limau nipis untuk rasa yang masam-masam sedikit. 
Dah siap, sup kambing sedia untuk dihidang...




Selamat mencuba=)



4 comments:

  1. sedapnyeeee..memang suka makan kambing :)

    ReplyDelete
  2. Sedapp, terima kasih atas perkongsian admin. :) I try lemon instead of limau nipis. Pastu cili padi belah 2 jea & masukkan 2# je. Pastu buat (cili padi tumbuk + kicap + garlic) = sambal cili padi.

    Makan dengan FRENCH BREAD! ♡♡ Nasi pun pasti sedapp...

    ReplyDelete
  3. Dh cube resepi nie..menjdi..sedap..hehe..
    thanksss...

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...