Genius aulad


Followers

Saturday, March 22, 2014

Resepi Jagung Manis Cawan / Sweet Cup Corn

Ida suka sangat makan sweet cup corn ni. Ianya mudah didapati, selalu ada jual kat pasar-pasar atau kat tempat-tempat expo. Nak tengok wayang beli, nak main kat taman pun beli..Pendek kata kalau tengok cup corn ni mesti terliur nak beli.hehe..Kalau tak salah satu cup kecil ni RM2.50/biasa. Kalau yang special dalam RM3 jugak la.


Kali ni Ida nak buat sendiri sweet cup corn ni. Haa....lagi jimat dan dapat makan banyak-banyak...;P Nak beli biji jagung yang dah siap dileraikan pun boleh jugak. Senang dah boleh skip proses mengasingkan biji jagung dari pulurnya. 


Tapi husband dah belikan jagung yang camni. Terpaksa la leraikan dulu. Tak susah pun, guna pisau je. Pada mulanya nak rebus atau bakar je..Hmm...sedap jugak kan..Tapi deria rasa ni lebih kuat nak merasa sweet cup corn..:)



Kalau tak salah penjodoh bilangan untuk jagung ni orang panggil 'jantung' ek? Sejantung, dua jantung..hehe..what ever..bukan pakar sangat..

Untuk membuat cup corn, selalunya kaedah mengukus adalah paling sesuai untuk mengekalkan rasa manis semula jadi jagung. Tapi, kalau nak pakai kaedah rebus pun boleh jugak. Tapi make sure, gunakan air yang sedikit dan direbus sehingga air kering. 

Emm...harum semerbak bau jagung menusuk rongga hidung ni..(weeeeeee......!!) Okey..Mari membuat sendiri Sweet Cup Corn!! (saja menambahkan rasa excited..:p)

Bahan-bahan:
  • Jagung secukupnya 
  • 2-3 sudu kecil susu pekat (jangan manis sangat sebab rasa jagung semula jadi dah manis) 
  • 1 sudu kecil butter 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit mayonis  
Cara-cara:
  1. Kukus jagung sehingga masak. Nak rebus pun boleh tapi sebagaimana yang Ida beritahu di atas, guna sedikit air dan rebus sehingga air kering. 
  2. Panaskan kuali (api paling kecil). Cairkan butter. Masukkan jagung yang telah dikukus/rebus. Tapi kalau jagung tu masih panas boleh mix kan semua bahan dalam mangkuk je.


    3.  Tambahkan sedikit garam, susu. Gaulkan. Ini untuk yang biasa-biasa. Camni pun dah sedap. 
    4.  Tapi, kalau nak lebih special. Tambahkan sedikit mayonis atau pun cheese. 
    5.  Kacau dan gaul sebati. Siap..


    6.  Boleh la masukkan dalam cawan dan sedia dimakan. 



Selamat mencuba yer....=)

3 comments:

  1. wahh.. tak pernah rasa makan dgn mayo atau cheese. cubaan menarik! mohon izin backlink ya

    http://hzinnirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni nanti untuk tambah cheese atau mayonis...tq 4 sharing

    Suami pun dah belikan jagung ni, tinggal nak kukus je..:)

    ReplyDelete
  3. Penjodoh bilangannye tongkol. Huhu.m

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...