Genius aulad


Followers

Tuesday, March 18, 2014

Afif & Yogurt: Fakta dan Kelebihannya

Afif memang gemar makan yogurt memandangkan mamanya pun gemar makan yogurt. Sebaliknya, papanya pula kurang gemar, tetapi selepas melihat Afif makan dia pun terikut sama untuk makan.hehe...Rasanya yang masam-masam berunsurkan susu sangat sedap. 


Memandangkan kami anak beranak ni gemar makan yogurt, so ini lah perkongsian dari hasil pembacaan Ida mengenai yogurt dan kelebihannya. 

Fakta Yogurt

Yoghurt atau yogurt, adalah susu yang dibuat melalui proses penapaian bakteria. Yogurt boleh dibuat dari apa sahaja jenis susu, termasuk susu kacang soya. Namum begitu, sekarang ianya banyak menjurus ke arah menggunakan susu lembu. Dalam proses ini gula susu (laktosa) menghasilkan asid laktik yang berperanan dalam protein susu untuk menghasilkan tekstur seperti gel dan aroma unik pada yogurt. 

Badan kita memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Oleh itu yogurt adalah sangat sesuai memandangkan ianya diperbuat dari bakteria baik yang baik untuk tubuh badan. 

Hasil bacaan dari berita harian, Yogurt Probiotik adalah merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan. 


Kelebihan Makan Yogurt

Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. 

Yogurt boleh membantu meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang. 

Hasil kajian mendapati yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. 

Bagi mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu dalam memberi dan mengekalkan kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari. Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain. 

Aksi Afif dan Yogurt.

Yummmy!yummy...tak cukup dengan sudu dengan tangan sekali digunakannya..




Hihihi.....lawak pulak tengok mulutnya...dah jadi misai putih..=)



What ever my son, u're my best!!
Semakin hari semakin menjadi-jadi melayan kerenahnya...=)



4 comments:

  1. yougurt blend dengan buah dan letak sedikit ais..sedapnya...

    ReplyDelete
  2. apa perisa pon yogurt ni, mmg sedap dan feveret SB n anak2..yummy!!

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...