Genius aulad


Followers

Friday, March 21, 2014

Hidangan Petang: Resepi Cekodok a.k.a Cengkodok Pisang

Waktu petang sebegini teringin pulak nak makan cekodok pisang. Cekodok ke cengkodok ek? hehe...Orang Kelate panggil 'Jeput Pise'. Tak kisah la panggil apa pun, yang penting pisang yang ada tu tak la membazir sangat. Makan petang-petang camni bersama secawan air teh 'o' panas sedap jugak. Huhhh.....bagi sepinggan pun habis ni..;)


Mesti ramai yang dah biasa buat cekodok pisang ni kan. Kebetulan lebihan bahan buat kek tempoh hari masih lagi berbaki. Boleh la diguna pakai untuk buat cekodok pisang ni. 

Ini pisang yang Ida gunakan. Pisang apa, tak kenal sangat. Tak hafal sangat nama-nama pisang ni..hehe.. Janji boleh je la guna untuk buat cekodok.


Nak tengok resepi cekodok a.k.a cengkodok pisang ni boleh tengok kat bawah ni.

Bahan-bahan: 
  • 5 biji pisang (dilenyek) 
  • 1/2 cawan gula  
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Cara-cara:

1.  Buang kulit pisang dan lenyek bersama gula serta garam di dalam satu bekas. 
2.  Kemudian masukkan telur, soda bikarbonate dan baking powder. Gaulkan sehingga sebati.
3.  Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang sebagaimana yang dikehendaki.


4.  Biarkan adunan seketika supaya adunan 'naik' sedikit (macam kek tu..:p).
5.  Selepas tu, boleh la panaskan minyak untuk digoreng. 
6.  Guna sudu atau senduk (mengikut keselesaan) dan goreng sehingga kuning keperangan dengan api yang sederhana. 


7.  Setelah masak boleh la diangkat ke dalam bekas yang beralaskan tisu atau kertas.
8.  Ulangi langkah menggoreng yang sama sehingga adunan habis. 


Cekodok pisang siap! Sedia dihidangkan...=)

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...