Genius aulad


Followers

Tuesday, March 18, 2014

Resepi Kerabu Perut Lembu

Haiii, meleleh plak tengok kerabu perut ni. Dah lama Ida buat kerabu perut ni. Tak sempat nak update.hehe..

Okey..bagi yang teringin nak masak menu ni, boleh la tengok resepi kat bawah ni. Ida just gunakan bahan-bahan yang ada je. Tapi kalau ada semua bahan-bahan yang digunakan ni, lagi bagus.




Bahan-bahan:
  • 1/2 kg perut lembu (dibasuh bersih)
  • 1 sudu kerisik kelapa
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 biji lada besar (dipotong)
  • 2-3 biji cili api (terpulang jika ingin pedas)
  • 2 tangkai daun kesum (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (di belah)
  • 3 sudu besar cuka
  • 2-3 sudu jus limau nipis
  • 2-3 sudu air asam jawa
  • Garam, gula dan serbuk secukup rasa
Cara-cara:
  1. Rebus perut lembu sehingga empuk.
  2. Sementara itu sediakan bahan-bahan kerabu. Satukan jus limau nipis dan air asam jawa bersama gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga larut.
  3. Kemudian, gaulkan larutan tadi bersama bahan-bahan kerabu seperti bawang besar, bawang merah, lada, daun kesum dan kerisik kelapa didalam satu bekas. Ketepikan. 
  4. Setelah perut lembu sudah empuk, tos dan sejukkan. Hiriskan perut lembu tadi. 
  5. Kemudian gaulkan perut lembu tadi bersama bahan-bahan kerabu yang digaulkan bersama jus limau nipis dan air asam jawa tadi.



Siap...Kerabu perut lembu sedia dihidangkan...

Selamat mencuba...=)


4 comments:

  1. Alahai..feberet sy ni...kerabu perut lembu..

    ReplyDelete
  2. kesukaan saya...
    balik ni mesti cuba buat utk keluarga

    jom follow saya di peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...