Genius aulad


Followers

Wednesday, March 5, 2014

Makan Tengahari: Selera Kampung (Ala Kelate)

Selera orang baru lepas demam ni memang la pelik-pelik sikit.hehe....bila tengok makanan rasanya semua nak makan. Maklum la, time demam tak ada selera makan. Bila dah sembuh sikit ni rasanya semuanya nak pulun.hehe...Haa..ini la hidangan tengahari Ida dan suami. Rasa nak makan ala-ala selara kampung.  


Makanan tersohor di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu budu. Budu ni memang sudah menjadi pelengkap hidangan bagi orang-orang Kelantan. Kalau nak makan selera kampung, ada ulam-ulam seperti petai dan pucuk ulam yang lain, fuhh...memang tak sah kalau tak ada budu ni. 



Nak sedap lagi budu ni diperahkan dengan air perahan limau nipis, dimasukkan sekali cili api (lada burung) dan di masukkan bawang merah yang dihiris nipis. Nak bagi 'cukup syarat' lagi dimasukkan juga dengan isi ikan bakar tawar ke dalam budu ni dan dimakan dengan nasi putih panas-panas. Bak kata orang memang terangkat habis la.. 



Nak bagi 'terangkat' lagi ada pulak semangkuk ikan singgan. Tapi Ida dan suami kedua-duanya kurang gemar makan ikan singgan tapi, kuah dia suka pulak.hehe...Kalau dihirup, maunya licin semangkuk.hehe...

Mengikut dari sumber bacaan di Wikipedia budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Dari pelbagai sumber bacaan juga menyatakan budu ni mempunyai banyak kelebihannya. Walaupun ianya kurang digemari kerana ianya mempunyai bau yang agak kuat namun ia tetap menjadi pilihan makanan tradisi  bagi penggemarnya. 



9 comments:

  1. uish!
    mleleh tgk lauk2 ni ..
    ni xtambah 2 pinggan tipu ni ..hihi :)

    ReplyDelete
  2. alamak sdpnya la plak..terliur dah kita taw :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....sdp betol..kata suami nk topup seminggu xde selera mkn sblm ni..=)

      Delete
  3. Wah sedapnya saya tak pernah rasa budu tapi bila bayangkan ada limau ada cili tu, peh

    ReplyDelete
  4. laaa..jenguk2 nampak budu..hadoi..mmg sedap ni

    ReplyDelete
  5. orang kelantan memang xlengkap kalau xde budu ni..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...