Genius aulad


Followers

Monday, March 24, 2014

Resepi Kek Pisang Lembut

Kek yang tidak ditelan zaman, kek pisang. Rasanya zaman mak-mak dan nenek kita dulu-dulu lagi dah ada kek pisang ni. Sekarang orang tak payah susah-susah buat, sebab kek pisang ni banyak juga telah di commercial kan dan banyak terdapat di pasaran. 

Walaubagaimanapun orang kata, kalau dibuat sendiri lagi baik. Air tangan ibu dan isteri la katakan...Bila kita buat sendiri, kita boleh 'modified' rasa kek sebagaimana yang kita kehendaki. 


So, kek pisang yang Ida nak buat kali ni adalah kek pisang yang lembut macam biasa la, tapi Ida nak letak pisang yang dipotong dadu. Kek akan menjadi lebih sedap. Selain daripada dapat merasa kek yang lembut dan gebu, time makan tu tergigit pisang dalam kek tu. Emmmm...terasa lagi keaslian kek pisang!

Okey..Resepinya seperti dibawah ni.


Bahan bahan:
  • 5 biji pisang (dilecek), 1 biji pisang (dipotong dadu)
  • 1 cwn gula kaster
  • 1 cwn minyak masak (75ml)
  • 4 biji telur gred A 
  • 1 1/2 cwn tepung gandum (Ida guna tepung Superfine-ianya lebih lembut)
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1sudu kecil esen vanila 

Cara cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sapukan mentega pada loyang dan ketepikan seketika. 
  2. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam satu bekas dan ketepikan.
  3. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang.
  4. Selepas itu, masukkan esen vanila dan pisang yang dilecek. Putar lagi.
  5. Kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder yang diayak tadi sedikit demi. Gaul sekata.
  6. Selepas itu masukkan pisang yang dipotong dadu. (kek sedap bila makan terasa tergigit pisangnya)
  7. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau secara kaup balik sahaja (jangan putar lagi).
  8. Selepas itu masukkan dalam loyang kek dan bakar pada suhu 170 darjah selama 40 minit atau jam sehingga masak. (Cucuk dengan lidi/garpu untuk memastikan ia betul-betul masak-kek tidak melekat pada garpu menandakan kek sudah masak)
  9. Setelah siap dibakar, keluarkan dan sejukkan. Siap, potong dan sedia untuk dihidangkan.

Sejukkan sebelum ditelengkupkan di atas pinggan.

Nampak tak, yang putih-putih tu adalah pisang yang dipotong dadu tadi.

Selamat Mencuba...

4 comments:

  1. nyummy ! mmg feverate ni.. tp xpndai buat.. slalu bli kat bakery.. huhu

    ReplyDelete
  2. Tq resipinya,ni la kek pisang antara yg paling sedap

    ReplyDelete
  3. Nak guna pisang ape ye? Pisang emas boleh tak?

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...