Genius aulad


Followers

Tuesday, March 18, 2014

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

Bagi penggemar-penggemar sayur pucuk paku, masak lemak adalah salah satu menu yang best selain daripada ianya digoreng bersama ikan bilis. Apa yang menariknya, sayur lemak pucuk paku ni sangat sesuai dan sedap untuk waktu makan tengah hari dan juga makan malam. Terasa macam makan masakan ala-ala kampung.

Nak sedap, sayur lemak pucuk paku yang rasanya pedas-pedas sedikit (masak lemak cili api pucuk paku). Perrrgghh..memang sedap kalau kena dengan nasi putih dan ikan goreng. Masak lemak macam ni memang menjadi kegemaran suami. 


Resepi masak lemak pucuk paku ni rasanya ramai yang sudah sedia maklum. Tapi untuk rujukan boleh la tengok kat bawah ni. 

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 1 biji lada merah (dihiris membulat)
  • 500gm santan (1/2 biji kelapa)
  • Segenggam ikan bilis (bersihkan dan ditumbuk) 
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  1. Masukkan santan didalam periuk. Gunakan api yang sederhana supaya santan tidak meruap.
  2. Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan kisar. Kacaukan dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk paku dan kacaukan lagi supaya santan tidak berketul.
  4. Selepas itu masukkan garam. Jangan terlalu banyak sebab ikan bilis sudah masin. Perasakan dengan serbuk perasa secukupnya.
  5. Masukkan cili padi dan lada merah. Bila pucuk paku kelihatan sudah masak dan layu boleh padamkan api. 
  6. Siap dan sedia dihidangkan.

Sedap bila terus dimakan selepas masak panas-panas dan meruap...


4 comments:

  1. sedapnya.. da lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekene dgn menu macam ni jarang2 skali memang sedap..=)

      Delete
  2. sedapnye..lame tak makan..rindu plak masakan mak.

    ReplyDelete
  3. ermmmm rindunye masakan mk

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...