Genius aulad


Followers

Wednesday, March 5, 2014

Resepi Tiramisu dalam Balang (Tiramisu in Jar)

Sedapnya kek tiramisu!! Okey...disebabkan hari tu Ida dah buat kek tiramisu yang sebiji, kali ni nak try buat dalam balang/jar. Tiramisu yang dalam balang ni rasanya macam lebih sedap je sebab nampak keknya yang berlapis lapis. Mengiurkan bertambah selera nak makan ni..;)




Serius...memang sedap. Gabungan kek berlapiskan dengan krim tiramisu ni memang betul-betul sedap. Rasa macam makan aiskrim pulak apabila dimakan selepas dikeluarkan dari peti ais. Sikit-sikit makan, tak sedar dah habis satu balang. hehe....



Okey..jom tengok resepi membuat tiramisu dalam balang ni. Untuk kek span kopi boleh la tengok resepi kek tiramisu yummy yang Ida buat sebelum ni. Tak pun, kalau nak senang boleh beli je kek span kat pasaraya samada perisa kopi atau pun perisa coklat. 


Bahan-bahan:

  • 1 biji kek span perisa kopi/coklat 
  • 250ml whipping cream
  • 250ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor (kalau tak nak manis boleh kurangkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Serbuk Koko secukupnya
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan serbuk nescafe

    Cara-cara:
    1. Putarkan cream cheese dengan mixer sehingga kembang.
    2. Masukkan pula whipping cream. Putar lagi sehingga kembang dan sebati.
    3. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
    4. Kemudian masukkan gula castor dan putar lagi sehingga semuanya sebati. Bila semuanya sudah kembang dan sebati boleh la ketepikan.
    5. Untuk melembabkan kek, bancuh nescafe dengan air tanpa gula.
    6. Selepas itu, potong kek mengikut bekas jar/balang. (biarkan kek tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis).
    7. Kemudian renjiskan atau lembabkan dengan air nescafe yang dibancuh tadi. Selepas tu masukkan ke dalam balang/jar yang dikehendaki.
    8. Selepas itu, ambil adunan yang diputar tadi dan tutup lapisan kek yang diletakkan dalam balang tadi. 
    9. Kemudian, dengan menggunakan penapis, ayakkan serbuk koko di atasnya.
    10. Ulangi proses yang sama sehingga balang penuh.
    11. Last sekali sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

    Ok, ini la hasilnya.....




    Selamat Mencuba=)



    9 comments:

    1. thanks sharing..tiramisu memang sedap makan sejuk2 kan..cute je dalam balang..in sha Allah akan mencuba

      ReplyDelete
    2. kalau buat dlm beksa kecik yg sesuai untuk sekali makan je, lagi ok kot...

      ReplyDelete
      Replies
      1. ok jgk. tp bekas kecik2 x de. xpe..next time bleh cuba=)

        Delete
    3. betul ..bila dalam balang lagi menarik..rasa nak jer..
      bila la nak cuba ni..tengok resepi senang .:)

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul sura.senang je..ada masa free bleh cuba buat sendiri:)

        Delete
    4. da lama usha resepi tiramisu ni tp lum buat2 lg..

      ReplyDelete
    5. Saya ada jual jar ready stock. COD area jb. Wssap 01112751602.

      ReplyDelete
    6. Nakk tnya yg jual kek ice cream dlm balang tu..sama resipi mc niew ke?

      ReplyDelete

    NOTE:

    Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...