Menu kali ni ialah percik ikan bakar. Ikan kembung sedap dibakar dan dibuat percik. Ermm...dengar je pun dah menyelerakan...Tapi, Ida guna ikan mambung, sebab tak de pulak ikan kembung ni.
Saiz ikan kembung lebih besar sikit dari ikan mambung ni. Tak pe la, yang penting boleh juga dibuat percik ni.
Percik ikan bakar ni sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman. Nak-nak bila nasi panas-panas...perrggh...sedapnya bila makan dengan percik ikan ni.
Bahan-bahan:
- 3-4 ekor ikan (nak sedap ikan kembung)
- 1/2 kg santan pekat
- 2 cawan air
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1/2 inci halia (dikisar)
- Sedikit serbuk kunyit
- 2 batang serai (dititik)
- 1 keping asam keping
- 2 sudu besar cili giling
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
- Ikan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
- Selepas itu dipanggang sehingga masak dan ketepikan seketika.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Perlahankan api dan kacau sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan asam keping, gula, garam dan serbuk perasa sehingga menepati selera.
- Kacau sekata sehingga kuah menjadi agak pekat. Padamkan api.
- Kuah percik yang sudah masak sedia dicurahkan diatas ikan bakar tadi.
Dah siap...percik ikan bakar sedi dihidang..
Selamat mencuba=)
sedapnya..
ReplyDeleteAssalamualaikum...menarik untuk dicuba...nmpk sedap...
ReplyDeletewa'alaikumslm....tak de mslh..silakan=)
Delete