Bercuti ke Pulau Pangkor memang sudah ada dalam perancangan kami, cuma sebelum ni masa dan keadaan masih belum mengizinkan. Minggu lepas, seawal pagi; Ida, suami dan anakanda kesayangan Afif ke Perak iaitu ke rumah adik memandangkan mak, abah serta adik-adik yang lain turut datang dari jauh (Kelantan) yang juga ke rumah adik di Perak. Secara tak langsung, kami mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Pangkor memandangkan semuanya masih belum pernah ke sana.
Apa yang ada dalam fikiran kami hanyalah untuk menaiki feri sambil melihat pemandangan di sekitar pulau. Tetapi, memandangkan Pulau Pangkor ni merupakan sebuah pusat percutian yang juga popular di Malaysia, kami tak mahu melepaskan peluang untuk bercuti sambil jalan-jalan serta ingin melihat sendiri apa yang menarik di sana.
Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sudah terpancar riak wajah gembira adik-adik untuk ke sana. Hoooorey..kita ke Pulau Pangkor!!!
Jeti ke Pulau Pangkor
Terdapat dua jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor iaitu jeti Lumut dan jeti Marina. Perjalanan feri dari jeti Lumut memakan masa kira-kira 45 minit, manakala hanya 15 minit dari jeti Marina.
Untuk ke Pulau Pangkor kami memilih untuk menaiki feri di Jeti Lumut. Dari rumah adik di Changkat Jering, Perak, kami ke Jeti Lumut dengan menaiki 2 buah kereta. Parking kereta di sediakan samada di tempat parking khas dengan kadar bayaran RM10/per entry atau di tempat parking lain dengan cara membeli kupon parking RM3 / per 5jam.
Menaiki Feri ke Pulau Pangkor
Tiket untuk menaiki feri di Jeti Lumut ni ialah RM10 (dewasa) untuk 2 hala pergi dan balik manakala RM5 (kanak-kanak) juga untuk 2 hala pergi dan balik. Untuk menunggu feri tiada masalah kerana setiap 30 minit sekali ada feri sudah tersedia menunggu untuk membawa penumpang.
Dari Jeti Lumut menaiki feri untuk sampai ke Pulau Pangkor mengambil masa atara 35-40 minit. Sepajang di atas feri boleh la melihat pemandangan yang cukup mendamaikan di sekitar perairan antara Jeti Lumut ke Pulau Pangkor.
Sebelum sampai ke jeti Pulau Pangkor, feri akan berhenti seketika untuk menurunkan dan mengambil penumpang lain. So, jangan jadi macam kami, ingatkan dah sampai, tapi rupanya belum. Kami diberitahu sekejap lagi baru sampai ke jeti Pulau Pangkor. Maklum la first time..hehe..
Pengankutan di Pulau Pangkor
Setibanya di Jeti Pulau Pangkor, tak perlu risau tentang kenderaan sepanjang di sana kerana banyak kenderaan yang sudah sedia menanti membawa penumpang seperti teksi 'van pink'. Van ini muat untuk 8 orang penumpang.
Dengan menaiki teksi van ini penumpang boleh memilih samada untuk pusing-pusing ke seluruh pulau dengan kadar bayaran RM80/sebuah van. Untuk ke Pasir Bogak RM10.00/sebuah van untuk sehala. Manakala untuk ke Teluk Nipah RM20/sebuah van untuk sehala. Untuk balik semula ke jeti tak perlu risau kerana teksi ini mudah didapati di mana-mana sahaja di sekitar Pulau Pangkor
Untuk menyewa kereta, motor dan basikal juga ada disediakan. Untuk menyewa kereta kadar sewa yang dikenakan adalah sekitar RM80/sebuah manakala motosikal RM30/sebuah.
Pantai Teluk Nipah
Disebabkan kami ke sini bukan untuk bermalam, so memang tak sempat untuk kami pergi ke seluruh tempat di sekitar pulau, jadi kami memilih untuk pergi ke Teluk Nipah sahaja.
Pantai Teluk Nipah adalah merupakan tempat yang juga dikatakan menarik juga kerana di sini terdapat banyak kedai makan terutamanya ikan bakar, kedai menjual baju dan kedai-kedai lain yang menjual cenderamata.
Di sini juga memang terkenal dengan aktiviti sukan/permainan air seperti jet ski, kayak, banana boat, berenang, bermain dan mandi pantai dan macam-macam lagi. Untuk melihat hidupan di dasar laut, snorkeling juga disediakan.
Terdapat banyak juga kedai-kedai yang menjual hasil makanan laut di sini. Tapi, kami memilih untuk membeli di jeti semasa pulang, kerana tak nak membawa banyak barang semasa di atas feri nanti. Lagi pun dari segi harga, rasanya harga yang dijual dijeti lebih murah berbanding di pulau ni seperti satay ikan, kami beli RM10 untuk 16 paket dan ikan jeruk botol kecil RM8/sebotol. Murahkan....
Bertolak Pulang
Setelah petang kami pulang dengan melalui laluan perjalanan yang sama dengan feri. Semuanya sudah menunjukkan muka kepenatan dan keletihan, namum bercuti ke Pulau Pangkor sememangnya meninggalkan perasaan yang gembira dan seronok kepada kami.
InsyaAllah kami akan ke sini lagi untuk ke melawat tempat-tempat yang belum di kunjungi seperti Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan sebagainya.
owww..van pink comel. hihi. xpenah sampai sana lg la..bestnya
ReplyDeleteitu yg uniknya kt pulau pangkor ni...=)
Deletekalau nak booking homestay, boleh le call sy 0142512175....
Deletehttp://princesshomestaytelukgedung.blogspot.com/
kalau nak booking homestay, boleh le call sy 0142512175....
Deletehttp://princesshomestaytelukgedung.blogspot.com/
uummm....sy nak tau pantai nipah tu bersih x untuk bermandi mandian n ape resort atau hotel yg terhampir dgn pantai tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam. Hee rasa seronok ke pulau walaupun tidak tidur bermalam.
ReplyDeleteboleh melawat sini kalau berminat :D
ReplyDeletehttp://www.pakejtravel.com/travel/pulau-pangkor/