Genius aulad


Followers

Wednesday, March 5, 2014

Resepi Nasi Goreng Pattaya Special ^_^

Menu masakan Thai seringkali menjadi menu popular di restoran-restoran atau gerai-gerai makan. Ida dan suami juga merupakan penggemar masakan thai seperti tomyam dan sup. 


Menu lain yang berasal dari negara Thai juga ialah Nasi Goreng Pattaya. Nasi gorengnya lain dari yang lain kerana nasi gorengnya dibungkus dengan satu lapisan telur yang nipis. 

Menu dari Thai tak lepas dengan rasa pedas dan masam. Bahan-bahan seperti sos ikan, limau nipis, serai dan cili api betul-betul menjadikan menu nasi goreng thai atau nasi goreng pattaya ni sedap.

Kali pertama Ida masak nasi goreng pattaya dirumah...memang sedap. Rasa macam makan kat kedai pulak. hehe..Ok..Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi (nasi yang sejuk-dileraikan sehingga tidak berketul)
  • 1 keping dada ayam (dihiris nipis) - dilumurkan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah
  • 2 sudu besar kicap.
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu air perahan limau nipis
  • 1/2 batang serai (dihiris halus)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus) 
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2-3 hiris halia (dihiris nipis dan dipotong memanjang)
  • 3 cili api (dihiris halus/diketuk)- terpulang jika tak mahu pedas
  • 1/2 cawan sayur/kacang campur frozen (Rendam dengan air panas dan toskan)
  • Garam dan serbuk perasa rasa secukupnya
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit daun bawang (dihiris untuk hiasan)
  • Sedikit lada sulah (putih)
  • 2 biji telur ayam dipukul dengan ditambah 1 sudu kecil air
Cara-cara:
  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Goreng hirisan ayam seketika sehingga agak kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan ketepikan seketika. 
  2. Kemudian, dengan minyaknya sama (atau tambah sedikit jika kurang) tumiskan semua bahan-bahan yang dihiris halus (boleh juga ditumbuk) sehingga naik bau.
  3. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali sayur campur yang dipotong dadu.
  4. Kacau sekata dan tambahkan garam dan serbuk perasa.
  5. Jangan lupa hirisan ayam yang digoreng tadi. Masukkan dan gaul bersama.
  6. Kemudian masukkan nasi dan gaul serta kacau sehingga rata antara perencah dan nasi.
  7. Padam api dan ketepikan nasi goreng yang telah masak.

Membuat Telur untuk Membalut Nasi Goreng:
  1. Untuk telur bagi membungkus atau membalut nasi pula, pukul telur dalam mangkuk.
  2. Kemudian panaskan kuali lain dengan sedikit minyak masak dan rata-ratakan dipermukaan kuali. Gunakan api yang kecil.
  3. Seterusnya, goreng telur tersebut membentuk pemukaan kuali sehingga menjadi bulat dan lebar. Ratakan dengan cepat sementara telur masih belum masak. Padamkan api setelah telur masak.
  4. Selepas itu, ambil semangkuk nasi goreng dan telengkupkan di atas telur yang goreng dalam kuali tadi. Buat seolah-olah membungkus nasi goreng tersebut. 
  5. Ambil pinggan untuk hidangan, telengkupkan pula dalam kuali di atas nasi yang dibungkus dengan telur tadi. (hati-hati kuali panas). Hasilnya, nasi goreng elok berbungkus dengan lapisan telur yang digoreng nipis. 
  6. Picitkan sos cili di atasnya dan hiaskan dengan daun bawang yang dihiris. Jika mahu, boleh letakkan serbuk lada sulah diatasnya. 
Ini la hasilnya...



Selamat Mencuba...=)



10 comments:

  1. Dh lame giler tak makn nasik goreng pattaya..sebab slalu order nasik putih & lauk macam2 je kalau pg kedai tomyam..

    ReplyDelete
  2. menjadi la...tak pernah buat kat rumah pun...padahal senang je kan...boleh la jimat duit nak makan nasi pattaya nie..thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri lebih jimat, berbaloi dan puas hati...=)

      Delete
  3. ehehe selalu makan kat kedai je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm ni main order2 jgk, time2 rajin bleh la masak=)

      Delete
  4. Nmpk mnyeletakn..rsa nk cuba..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Slmt berkenalan. Pandai awk buat bungkisan telurd nasi tu. Selalu sy buat mesti pecah/ xdpt nk bungkus nasi tu. Ade tips x ☺

    ReplyDelete
  6. wow menarik, nnti nk cuba. hrp la x koyak la telor tu. tq for sharing. nnti share lg hihi

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...