Terima kasih untuk adik Ida yang bersusah payah datang dari Perak sepanjang Ida dan suami demam denggi. Faham-faham la bila suami dekat wad, diri sendiri pulak badan pun lesu, risau pasal anak lagi. Nasib baik bukan kedua-duanya masuk wad. Tapi sekarang Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya dah ok dan sihat walafiat. Sepanjang Ida demam adik Ida ni la yang tolong masakkan sup ketam ni.
Sebelum ni tertanya jugak kenapa sup ketam?? Dari sumber pembacaan Ida, kajian ringkas mendapati, ketam mengandungi sejenis protien tinggi yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.
Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.
Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.
Paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.
Hmmm...Menarik bukan. Sebenarnya Ida sendiri pun baru tahu apa ada rakan-rakan yang memberi petua makan sup ketam ni bila demam denggi hari tu.
Ini la ketam nipah yang Ida beli kat Carefour, hidup-hidup lagi.
Jom tengok resepi ringkas membuat sup ketam ni.
Bahan-bahan:
- Ketam nipah (dibersihkan)
- 1/2 inci halia (dikisar/diketuk)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 ulas bawang merah (dikisar)
- 1/2 bawang besar (dihiris)
- Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)
- Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit minyak untuk menumis
- Air secukupnya untuk kuah
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.
- Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.
- Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.
- Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).
- Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.
- Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
sup ketam memang sedap..kalau saya masak, takde tumis2..terus je cebur..
ReplyDeletehaah kan..yg pntg air rbusan ketam tu sendiri dah sedap..=)
ReplyDeleteSalam.. kak ida.. betul ke sup ketam ni untuk denggi kejap je boleh baik? Saya dh 2 hari kena denggi ni
ReplyDeleteSup ketam atau jus pucuk betik..sy pun kne denggi skrg ni
ReplyDeletetkasih untuk resipi tu... sy baru nk blajar masak sup ketam ni utk isteri yg suspect denggi ari ni...
ReplyDeleteSaya sedang mengalami demam denggi dan sedan mencuba sup ketam, jus pucuk betik, jus jambu dan macam2 lagi..semoga Allah sembuhkan.
ReplyDeleteSy kena denggi skrg ni. Kaluu minum sup saja. X makan ketam xpe ke? Sbb sy x reti mkn ketam.
ReplyDeleteBodo ketam pun xreti nk mkn..ank aku 5tahun dh pandai
DeleteBodo ketam pun xreti nk mkn..ank aku 5 tahun pun pndai
Deletecantiknya ayat...mungkin maksud jasni tu, dia tak berapa gemar ketam ni. selalu jek org ckp tak reti atau tak pandai makan sesuatu tu sebab dia tak gemar atau pun jarang menikmati. bukannya tak pandai nak makan. senang2 jek nak ckp org bodoh. tgk diri sendiri dulu betul ke tak.
Deleteanak engkau je la cerdik..
DeleteSy pon xmkn ketam sbb alergik 1 bdn gatal .
DeleteSy pon xmkn ketam sbb alergik 1 bdn gatal .
DeleteKau lagi bodo. Dahla mak kau tak pernah ajar cakap elok2. Kau dah besar nak meninggal dah ada anak pun tak reti cakap elok2 sendiri. Nak kena tunggu bala jadi kat diri sendiri baru la nangis2 terkenang mulut mcm longkang
DeleteBudi bahasa budaya kita
ReplyDeleteerk? dah kenapa...
ReplyDeleteapa2, terima kasih utk resepi ni. dah 6 hari demam dan berusaha dgn mcm2 tp inilah usaha yg seterusny
yg alergy tu minum 2sudu sehari kuah sup tu pun dh cukup.
ReplyDeleteyg alergy tu minum 2sudu sehari kuah sup tu pun dh cukup.
ReplyDeleteMaaf ya kak ... maknanya sehari sekali je ya makan sup ketam ni kalau kene denggi ?
DeleteSya pun baru kena ni...bintik2 mcm ketam bunga dh ni badan..x mkn lagi ketam x g beli lagi
ReplyDeleteterima kasih utk resepi :)
ReplyDeleteterima kasih utk resepi :)
ReplyDeleteAdakah bahan2 itu wajib di masokkan ataupun boleh masak sup ikot cita rasa kita sendiri dan yang penting ketam itu ? Mohon reply asap .. urgent ...
ReplyDeleteTak kisah dimasak mcm mna pun nk buat jus ketam pun boleh..yg paling penting ketam tersebut kerana penawar yg berada di ketam..cadangan sup adalah yg paling sesuai apabila mengidap denggi kerana apabila dlm keadaan uzur sebegini mulut, lidah dan tekak kita tidak begitu berselera utk semua jenis makanan...sup adalah yg paling simple dan dan sedap utk pesakit2 seperti ini...semoga saidara disana memahami konsep sup ketam utk rawatan jni...btw..thank a lot kak ida utk tips dan resepi ni...semoga Allah merahmati kita semua..
DeleteSetuju. Sapa kena denggi insyaAllah boleh ikhtiar dgn sup ni. Saya demam denggi semggu admin siap pregnant 8 bulan lagi. Mintak keluar wad. Sebab makin lemah. Alhamdulillah. Cuba lah.
ReplyDeleteKetam sy hidup lg..mcm mne nk bg ketam tu mati bru masak
ReplyDeleteTerbalikkan ketam....tikam pd bhgn tgh perut.in shaa Allah ketam sng mati
Delete