Genius aulad


Followers

Friday, February 28, 2014

Pengalaman-Demam Denggi

Sehari sebelum kami bertolak ke Bandung (14 Feb 2014), husband demam secara tiba-tiba. Risau dibuatnya sebab rasanya ini la kali pertama dia demam teruk selepas kahwin. Selepas pergi ke klinik doktor ada memberikannya ubat demam, antibiotik dan beberapa jenis ubat lain. Nasihat doktor supaya berjumpanya semula jika demam tidak sembuh dan berlarutan selama 3 hari. 

Bila berada di Bandung, Ida pulak yang rasa badan ni lenguh-lenguh semacam dan sakit-sakit badan. Ingatkan sebab penat semasa travel jauh. Nasib baik bekalan ubat memang banyak dibawa, memandangkan husband memang demam. 

Selepas 4 hari, 3 malam bercuti di Bandung, Indonesia kami pulang ke Malaysia. Keadaan husband makin teruk, sekali lagi dia berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor suspect, husband Ida terkena demam denggi memandangkan tanda-tanda dan bintik-bintik merah sudah mulai keluar dari badan. Doktor terpaksa memeriksa darah husband terlebih dahulu, sebelum mengesahkan husband Ida terkena jangkitan demam denggi. Ternyata ujian darah positif menunjukkan dia demam denggi tahap merbahaya. Doktor mengeluarkan surat untuk dimasukkan ke wad hospital dengan segera. 



Risaunya, patut la sebelum ni husband tak pernah pun demam sampai macam ni. Kalau demam pun sekejap je sembuh. Keadaan Ida sendiri yang juga demam pada waktu tu, turut merisaukan kami, kalau-kalau demam denggi sudah berjangkit. Doktor ada menasihatkan supaya memeriksa sekali anak dan isteri takut kalau-kalau terkena sekali. Maklumlah, waktu tu memang musim orang demam denggi katanya. 

Selepas itu, Ida pula yang berjumpa doktor semula di klinik yang berlainan setelah 3 hari demam tidak sembuh. Keadaan demam pada waktu tu, memang rasanya lain macam. Semasa pemeriksaan kali ke-2, doktor sudah diberitahu bahawa suami Ida sudah pun ditahan di wad hospital kerana demam denggi. Dengan keyakinan yang tinggi, doktor turut membuat pemeriksaan darah dan ternyata keputusannya juga positif jangkitan demam denggi, cuma masih lagi belum tahap yang merbahaya kerana platelet darah pada waktu tu kalau tak salah 152. 

Nasib baik la, anak kami Afif sihat dan tidak demam. Walaubagaimanapun doktor menasihatkan supaya berhati-hati kerana kemungkinan untuk berjangkit memang ada. Seingat Ida, sebelum ni pernah suatu malam di rumah kami black-out. Keadaan nyamuk pada waktu tu memang tersangat banyak. Bayangkan dalam keaadaan panas, nyamuk 'berdesing' berbunyi seakan-akan berpesta sakan mengigit mangsa. Aduhh...kami memang tak boleh tidur. Waktu itu, husband dah mula demam. Afif tidur dalam buai yang berkelambu. Risau sebab nyamuk yang terlampau banyak, Afif lebih selamat tidur dalam buai yang berkelambu tu. Malangnya kami pulak yang jadi mangsa nyamuk Aedes ni.

Pada waktu yang sama, ada juga orang dari pejabat kesihatan datang membuat rondaan. Katanya, sudah ramai juga yang terkena jangkitan demam denggi ni. Kiri dan kanan jiran sebelah rumah kami pun ada sudah demam denggi sebelum ni. Patut la, nyamuk yang merayau-rayau ke sekitar rumah ni memang membawa penyakit. Petang tu, pihak kesihatan ada membuat semburan 'forging' ke sekitar kawasan taman perumahan kami. Geram betul dengan nyamuk-nyamuk ni. Setahu kami, sekitar kawasan rumah kami tak ada pun air yang bertakung. Tapi sekarang ni memang musim nyamuk-nyamuk ni menetas kot.  


Husband Ida yang dimasukkan ke wad di KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Suami Ida dimasukkan air ke dalam badan disebabkan keaadannya yang lemah dan lesu serta tiada selera makan. 2 hari berada di hospital, keadaan suami semakin pulih. Kesian melihat keadaan suami sebelum ni, berat badannya susut 10kg lebih kerana seminggu jugak la tiada selera makan namun hanya bergantung pada minum air je. Berbotol-botol jugak la air 100Plus tu dia minum.


Sepanjang husband demam denggi ni ramai jugak rakan-rakan yang bagi nasihat dan petua supaya demam cepat sembuh. Antaranya, minum air 100Plus, air ECPI, makan sup ketam nipah dan minum air rebusan pucuk betik. Semua tu kami cuba, kecuali air rebusan pucuk betik tu tak minum sebab pucuk betik tak ada. Semua tu boleh di amalkan bagi membantu menyembuhkan demam denggi. Apa yang penting nasihat doktor supaya perbanyakkan minum air masak.

Sekarang keadaan demam Ida sendiri pun rasanya dah semakin pulih walaupun badan masih lagi terasa lesu dan letih. Begitu la ceritanya disebalik demam denggi kami. 


Fakta Mengenai Demam Denggi (Sumber: Wikipedia)

Untuk pengetahuan bersama, demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS)

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Gejala Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. 

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). 

Kemungkinannya terdapatgastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Tanda-tanda Demam Denggi

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  • Bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Rasa pahit pada lidah
  • Lemah dan tidak bermaya

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. 

Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.

Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.



9 comments:

  1. bahaya, skang ni musim nyamuk gaknya...ramai mengadu rumah byk nyamuk dr biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyamuk dh x hiraukan ubt nyamuk..dh immune dgn ubt nymuk..

      Delete
  2. Skrg mmg musim.kat rumah akak pun byk sgt nyamuk walau di siang hari..mungkin sebab musim panas ni nyamuk keluar sebab x de tempat membiak.parit di depan rumah pun dah mula kering.get well soon ye.

    ReplyDelete
  3. GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

    moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.

    ReplyDelete
  4. Assalam , masalah demam denggi ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah demam denggi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Demam Denggi yang Berbahaya.
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  5. Assalam , masalah demam denggi ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah demam denggi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Demam Denggi yang Berbahaya.
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  6. Salam
    Melawat ke Medan dan tasik toba , sila dicuba layanan dari TIARA TOURS
    Harga pakej sangat murah dengan layanan prima

    Sila contact wa : +62 853 5898 2828 atau hantar email tiaratoursindonesia@gmail.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...