Genius aulad


Followers

Friday, February 7, 2014

Resepi Asas Kek Span yang Lembut

Akhirnya Ida dah berjaya membuat kek span yang mudah tetapi hasil keknya yang sangat lembut. 


Terima kasih kepada resepi kek span yang lembut ni. Ida sendiri dah lupa amik resepi ni kat mana.hehe...


Bahan-bahan:
  • 150 g tepung superfine (1 1/4 cawan)
  • 150 g gula custor (boleh kurangkan jika tak nak manis)-3/4 cawan
  • 5 biji telur (Gred A)
  • 15 ml ovalette (1 sudu besar)
  • 80 ml air
  • 80 ml minyak masak
  • 5 ml esen vanilla (1 sudu kecil)
  • 5 ml serbuk penaik (1 sudu teh)


Cara-cara:
  1. Tepung, gula dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu didalam bekas. 
  2. Masukkan ovalette dan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan gebu (lebih kurang 5 min-kelajuan tinggi).
  3. Kemudian masukkan air dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan.
  4. Selepas itu boleh masukkan minyak dan gaulkan mengguna spatula. (jangan pukul selepas masukkan minyak untuk kek menjadi bantat kerana udara dalam adunan hilang).
  5. Selepas itu panaskan oven terlebih dahulu (suhu 170 darjah celcius selama 45 minit).
  6. Sediakan loyang yang dialas dengan kertas pembakar kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihiaskan atau boleh terus dimakan.


So, ini la hasil kek span lembut.




Selamat mencuba...=)


4 comments:

  1. rajinnya buat kek..suka tengok orang buat kek..tp sndri tak pandai..

    ReplyDelete
  2. Kak, sy tngah try buat kek ikut resepi akak ni. Nerves jgak sbb first time buat kek. Hehehehehe..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...