Genius aulad


Followers

Thursday, February 6, 2014

Resepi Nasi Ayam Chicken Roasted

Kalau sebelum ni Ida buat nasi ayam, ayamnya digoreng dengan sos kicap. Kali ni nasi ayam dengan chicken roasted pula. Sedap makan ayam panggang yang sebelum ni. 


So, ini la nasi ayam with chicken roasted dari dapur Ida...;)  



Bahan-bahan Nasi Ayam:
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan 1/2 air rebusan ayam
  • 1 inci halia (kisar), 1 inci halia (ketuk)
  • 2 biji bawang putih (kisar), 2 biji bawang putih (ketuk)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar mentega
  • Secubit garam
  • Secukup rasa (maggi)
  • 1-2 helai daun pandan

Cara-cara:
  1. Rebuskan ayam bersama halia dan bawang putih yang diketuk dengan air secukupnya sehingga ayam masak. Biarkan seketika.
  2. Kemudian, tumiskan halia dan bawang putih yang dikisar bersama mentega di dalam kuali sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan juga daun pandan serta minyak bijan dan secubit garam.
  3. Selepas itu boleh la basuh beras seperti biasa. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya ke dalam periuk beras. Selepas itu, masukkan bahan tumis tadi dan masak nasi seperti biasa. 


Bahan-bahan Perapan Ayam:
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan perapan. Kemudian lumurkan pada ayam sehingga sekata.
  2. Perapkan sehingga 2-3 jam sehingga bahan perap meresap ke seluruh isi-isi ayam.
  3. Selepas itu, boleh la panggang ayam sehingga masak samada menggunakan oven atau pemanggang sehingga ayam masak.


Bahan-bahan Sos Cili Berlada:
  • 3-4 biji lada merah besar (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1/2 biji tomato
  • 2-3 hiris halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
  1. Kisar semua bahan-bahan untuk sos. 
  2. Jika ingin tumis boleh juga.


Bahan-bahan Sos Kicap:
  • 6 sudu kicap (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:
  1. Masakkan air rebusan ayam ke dalam periuk dengan api yang sederhana kecil. 
  2. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sekata. 


Bahan-bahan Sup
  • Garam, serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit daun bawang dan daun sup secukupnya
  • Sedikit awang goreng

Cara-cara:
  1. Lebihan air rebusan ayam dimasukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  2. Semasa menghidang taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng dalam sup.


Bahan-bahan Ulam:
  • Daun salad secukupnya
  • Timun batang secukupnya
  • 1 biji tomata

Cara-cara:
  1. Bersihkan ulaman dengan bersih. Kemudian hiriskan timun serta tomato secara membulat. 


Hidangan:
  1. Gabungkan nasi, ayam bersama sos cili/berlada, sos kicap dan sup bersama-sama hirisan tomato, timun serta salad. 
  2. Jangan lupa sup yang taburkan dengan bawang goreng serta daun sup dan daun bawang. 




Selamat Mencuba...=)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...