Followers

Saturday, February 8, 2014

Ubat Cacing Untuk Kanak-kanak: Info dan Simptom Jangkitan

Baru je beberapa minggu lepas berikan ubat cacing kepada Afif. Selepas suntikan imunisasi wajib yang terakhir hari tu (umur 1 1/2 tahun), doktor ada suggestkan supaya memberinya ubat cacing. Tapi kene tunggu dahulu selepas seminggu suntik, sebab takot kalau-kalau Afif demam. 

Mungkin terdapat banyak jenis ubat cacing, kene ambil atas nasihat doktor jugak la. So, ini la ubat cacing yang doktor beri.


Teringat pulak Ida waktu kecik-kecik dulu. Bila mak bagi ubat cacing mesti takut nak buang air besar, nanti keluar cacing..errrrkk.. Tapi, sekarang bukan macam dulu lagi dah. Cara menghapuskan cacing jahat dalam usus dah lain.

Apa yang dinamakan jangkitan cacing ni?? Ok..info ini Ida baca kat belakang botol ubat cacing Afif sebagai panduan untuk diri sendiri juga nanti.


Jangkitan Cacing.

Jangkitan cacing ni adalah penyakit parasit yang boleh hidup dalam darah, usus, atau organ badan termasuklah cacing gelang, cacing cambuk, cacing kerawit, cacing benang, cacing kait dan cacing pita. Hmmm..banyak kan.

Jangkitan cacing berlaku apabila kita termakan telur cacing melalui makanan. Telur ini akan menetas dalam usus kecil. Cacing yang bunting akan bergerak ke kolon dan rektum untuk bertelur. Telur tersebut akan dikeluarkan bersama najis dan memulakan kitaran hidup yang baru. 

Makanan, minuman, kain cadar, dan habuk yang tercemar boleh bertindak sebagai tempat takungan telur cacing. Murid-murid sekolah merupakan golongan yang senang dijangkiti kerana kekerapan sentuhan tangan dengan mulut. Larva cacing kait juga boleh memasuki badan melalui luka kulit kaki. 

Seseorang mungkin kelihatan sihat walaupun telah terkena jangkitan cacing. Oleh sebab itu, sewajarnya ubat cacing diambil setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali terutamanya kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ubat cacing tidak sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.

Tanda dan Simptom Jangkitan Cacing.

Tanda-tanda dan simptom-simptom yang biasa dialami apabila terkena jangkitan cacing ialah:
  • Keletihan
  • Mual 
  • Muntah
  • Susut berat badan
  • Pembuangan air besar yang tidak tetap
  • Cirit-birit dan sakit perut
Antara tanda-tanda lain ialah kanak-kanak sering tidur meniarap dan perut agak buncit sedikit. Ini mak Ida yang cakap.hehe...tak tahu la betul ke tak. Tapi, sebelum ni, Afif memang suka sangat tidur meniarap. Buang air besar pun tak menentu. 

Harap selepas makan ubat cacing ni, Afif akan bertambah selera makan. Berat badan pun ringan je. Nak bagi makan macam di ajak berperang.huhu...=)


9 comments:

  1. Replies
    1. ade rasanya..tapi better mntak nasihat doc dulu..

      Delete
  2. Assalam...anak sy baru mkn td...x ingat kali ke berapa...4 kot...sb dh 3 tahun umurnya...

    ReplyDelete
  3. Salam..ada kmungkinan x utk baby umo 8 bln tkena jgkitan cacing..?

    ReplyDelete
  4. Salam..ada kmungkinan x utk baby umo 8 bln tkena jgkitan cacing..?

    ReplyDelete
  5. Salam..ada kmungkinan x utk baby umo 8 bln tkena jgkitan cacing..?

    ReplyDelete
  6. Ape punca atau akibat termakan cacing kecil yang hidup bukan telur cacing tapi cacing kat makanan yg telah busuk .

    ReplyDelete
  7. Ape punca atau akibat termakan cacing kecil yang hidup bukan telur cacing tapi cacing kat makanan yg telah busuk .

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...