Genius aulad


Followers

Wednesday, February 12, 2014

Tips Penjagaan Botol Susu

Menjaga kebersihan botol susu anak adalah salah satu perkara yang perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan kesihatan anak adalah baik dan ianya boleh mengurangkan risiko untuk dijankiti kuman melalui perkakasan penyusuan. Kesan daripada perkakasan penyusuan yang tidak bersih boleh mengakibatkan sakit perut, cirit birit atau kemungkinan deman.


Nasihat doktor sewaktu Afif cirit birit dulu, ialah sentiasa mensterilkan botol susunya terutama ketika peringkat umurnya bawah 1 tahun. Selepas berusian 1 tahun, biasanya anak kita sudah mula mengeluarkan antibodi dan mempunyai daya tahan terhadap kuman yang merbahaya. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya terus mensteril perkakasan menyusu sehingga anak kita berhenti menggunakannya. Secara umumnya terdapat beberapa tips pengjagaan botol susu anak seperti:

  • Sentiasa mencuci puting botol susu, seboleh-bolehnya setiap hari sebelum penggunaannya. Bersih dengan dengan span atau berus yang lembut di sekitar dalam dan luar puting botol susu.
  • Jangan menyimpan lebihan susu yang lama dalam botol susu. Ini kerana baki susu yang dibiarkan akan menyebabkan penghasilan bakteria dan bau busuk dari susu yang mula masam.
  • Mensterilkan perkakasan botol susu dengan menggunakan air panas supaya terhindar dari kuman.
  • Keringkan botol susu sebelum disimpan menggunakan kain yang bersih. Ini kerana botol susu yang basah akan memberi ruang kepada bakteria dan kuman. 


Botol susu Afif, cukup untuk menyusu waktu siang dan malam. Kadang-kadang kene 'reuse' sampai 2 kali sehari. Sebab tu kena basuh, stril dan guna semula... 



Mensterilkan botol susu.
  • Sebelum mensterilkan botol susu, semua perkakasan botol susu seperti puting dan penutup perlu di cuci bersih terlebih dahulu.
  • Terdapat banyak cara untuk mensterilkan botol susu termasuk menggunakan stim elekrik, ketuhar gelombang mikro, dan juga merebus. Paling senang ialah dengan merendamkan dalam air panas. Seboleh-bolehnya hendaklah menyimpan botol-botol susu dalam pensteril dengan tudung penutup untuk mengekalkan keadaan sterilnya.
  • Selepas disteril, boleh la digunakan untuk menyusu. Semasa penyediaan susu, pastikan tangan kita bersih dan kering serta permukaan meja yang digunakan juga adalah bersih. 


Info secara ringkas dari babycenter.

2 comments:

  1. Tengah cari cara bersihkan botol susu babyy. Tq atas info berguna nI 😘

    Jemput ke blog sy
    ninafarhanawm.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Nk tnya kenapa botol susu y bersaiz besar contoh macam 10oz bila pakai agak lama skit...bila ank sy minum susu...susu tu macam meleleh keluar... walaupun pon ttup dh rapat dan dh Tular puting baru....bkn jdi kat 1 botol ja,botol y lain PON sma...

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...