Genius aulad


Followers

Saturday, February 8, 2014

Mambuat Passport Buat Pertama Kalinya

Yeay!! Dah ada passport. Haa....Ini la reaksinya bila orang yang baru pertama kali buat passport ni.hehe... Sebelum ni Ida tak pernah pergi ke luar negara, sama jugak dengan suami. So..memang ni la kali pertama buat passport dan ada passport.hehe.. 

First time buat passport ni, mula-mula terkial-kial jugak sebab tak tahu procedures. Dengar kawan-kawan duk bercerita tu, tahu la jugak sikit-sikit, tapi belum pernah ada experience sendiri. 



So, bila dah ade planning nak pergi bercuti ni baru la kelam kabut.hehe... Kami buat passport ni di Jabatan Imigrasen Malaysia, Kompleks KDN Jalan Duta, KL. Tempat ni besar sikit. Apa yang wajib dibawa bersama ialah original IC/kad pengenalan. Bagi Afif pula, kene bawa sijil kelahiran/surat beranak yang original.


Nak photostat IC ke, nak buat gambar passport ke semua kami buat di sana, sebabnya kami tak tahu kretiria yang dikehendaki macam mana. Bila dah sampai kat sana baru la tahu apa yang kene buat. So, apa yang diperlukan ialah:
  1. Gambar berukuran passport 2 keping (background putih)
  2. Salinan IC dan surat beranak 1 salinan 

Masa nak ambil gambar passport tu Ida kene tukar tudung color gelap (warna hitam), bagi lelaki pulak kena pakai baju color gelap. Untuk Afif, dia dah sediakan baju bewarna gelap. Paling kelakar time nak ambil gambar Afif. Kanak-kanak kan, mana reti duk diam.hehe.. Bayaran untuk gambar passport ni RM10.00 (4 keping, terus siap).

Bila dah siap bagi info kat kaunter, kami kene photostat IC/surat beranak pemohon dan penjaga sekali. Dah settle semua ni, baru boleh buat pembayaran kat kaunter pembayaran. Bayaran passport untuk 2 tahun, RM100.00 seorang/dewasa dan RM80.00 seorang/kanak-kanak.

Dah siap buat payment, kene tunggu untuk ambil passport yang dah siap. Disebabkan kami pergi tu dah petang, so kene ambil keesokan harinya.

Ini Afif, dia la yang sibuk-sibuk jugak tunggu turn nak buat pasport ni.hehe...


Akhirnya...ini la passport yang ditunggu-tunggu, dah siap pun.



Passport dah ada, perancangan dah buat, check ptptn pun clear..(bukan ape, takot sangkut tetiba blacklist.hehe...), hopefully, semua planning nak pergi bercuti berjalan dengan lancar. Amin..





4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...