Genius aulad


Followers

Thursday, February 6, 2014

Minuman Susu Kultur: Kelebihan dan Info

Sejak Afif mengalami sembelit sebelum ni, kami selalu memberikannya minuman kultur kepadanya. Selalunya dia suka minuman yang tak terlalu masam, dia suka yang ada perisa manis-manis sedikit. Paling dia suka vitagen prerisa LB (original). 

Sebagaimana yang kita tahu, minuman kultur ni baik untuk penghadaman. Tapi apakah kelebihan-kelebihan lain yang terdapat pada minuman kultur ni???? Persoalan ini menguatkan lagi untuk Ida mencari info-info mengenai minuman kultur ni. Jadi, jom kita kongsi bersama. 

Afif: Minum sambil menonton tv.

Info Ringkas Minuman Susu Kultur.

Sekarang terdapat pelbagai jenis minuman kultur di pasaran seperti Yakult, Vitagen dan sebagainya. Minuman kultur ini terdapat dalam pelbagai perisa buah-buahan selain dari rasa yang original minuman tersebut. 

Secara umumnya minuman kultur mengandungi bakteria baik di dalam susu yang dikulturkan tanpa bahan pengawet. Sebab itu la, minuman kultur selalunya tidak boleh bertahan lama. So, kalau kita nak beli minuman kultur ni kene perhatikan betul-betul expired date nya. Kebiasaannya, ia hanya bertahan lebih kurang 7 minggu jika disimpan pada suhu yang sesuai (< 4 darjah celcius).

Seharusnya ia perlu diminum setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria bahaya dalam badan. Minuman kultur juga sesuai diminum ketika cirit-birit. Laktobsilus dalam minuman kultur boleh membantu dalam mengembalikan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria bahaya di dalam usus.

Afif: Habis 1 botol sekali minum

Minuman Kultur Untuk Kanak-kanak.

Minuman kultur boleh diberikan kepada bayi mengikut kesesuaian sukatan bergantung kepada kesihatan bayi dengan keadaan najisnya. Adalah di galakkan untuk memberi kepada kanak-kanak yang berumur satu tahun dan ke atas.

Ianya sesuai diberikan sebagai minuman sejuk ataupun sebagai minuman biasa (diletakkan pada suhu bilik). Digalakkan minum sehingga habis selepas dibuka kerana ia hanya mampu bertahan sehingga 2-3 jam sahaja. Tidak digalakkan minum jika terdapat rasa masam.

Ianya sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam minuman kultur sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

Kelebihan Minuman Susu Kultur.
Secara umumnya, ini adalah antara kebaikan minuman susu kultur:
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus.
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
  • Membantu mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.

Okey...Ini la pulak telatah Afif ketika minum minuman kegemarannya...=)




Yum! Yum! Yum! Cedapnya..habis sebotol..:-)





3 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...