Genius aulad


Followers

Friday, February 7, 2014

Resepi Kek Oreo

Kali pertama Ida buat kek oreo ni sebab nampak macam sedap je. Alhamdulillah menjadi, walaupun tak berapa cantik.hehe...

Tapi untuk kek ni..Ida tak berapa suka buttercreamnya. Rasanya yang agak muak macam kek aising pulak. Tak pela, mungkin next time Ida nak try buat Oreo Cheese Cake pulak. Resepi asal kek ni boleh tengok kat Kek Oreo-QasehHoney. Tq ya:)

Bahan-bahan Kek Oreo:
  • 250 gm butter
  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung naik sendiri/ tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo (kisar halus sekali dgn krimnya)

Cara-cara:
  1. Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu didalam bekas.
  2. Campurkan butter, gula, telur dan esen vanilla ke dalam bekas dan pukul selama 2 minit. 
  3. Campurkan biskut oreo yang dikisar dan kacau rata.
  4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 20-25 minit atau sehingga masak. (cucuk dengan sudu untuk memastikan masak atau tidak). 
  5. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu.

Bahan-bahan Buttercream
  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bolehlah masukkan pewarna mengikut cita rasa sendiri.
  4. Hias dan deco kek tersebut.

Mendeco kek.

1.  Belah kek kepada 2 bahagian (sebab tak nak bakar berasingan).


2.  Sapukan buttercream pada lapisan kek yang pertama, dan taburkan biskut oreo yang dihancurkan tanpa cream.


3.  Kemudian lapiskan dengan satu bahagian kek lagi, dan ulangi langkah yang sama. 




4.  Dah siap. Simpan dalam peti ais dahulu sebelum di makan.  Ini la hasil kek oreo yang Ida buat...:) 








7 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...