Genius aulad


Followers

Tuesday, March 18, 2014

Resepi Kari Udang..Ummpph ^_^

Recipe of the day! Kari udang. Udang sedap juga dimasak lemak kuning dan dicampurkan dengan keladi, nenas atau sebagainya. Tak jauh bezanya antara kari udang dan masak lemak udang, cuma kari udang warnanya agak terang sedikit macam kari. 


Ha, sape-sape yang dah siap sedia dengan udang tu, meh masak kari udang sebagaimana resepi di bawah ni.


Bahan-bahan:
  • 1/2kg udang (sederhana besar)
  • 1/2kg santan 
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3-4 hiris lengkuas
  • 3-4 hiris halia
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 sudu cili giling
  • 2 sudu serbuk kari adabi untuk udang, ketam & ikan kering
  • 3-4 helai daun kari
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • Sedikit minyak masak
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun kari, cili giling, serbuk kunyit, serbuk kari adabi (untuk udang, ketam & ikan kering).
  2. Gaulkan  bersama sehingga naik bau. 
  3. Masukkan udang dan santan dan biarkan mendidih.
  4. Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.
  5. Padamkan api. Siap! 



Kari udang sedia dihidangkan..Selamat mencuba...=)

2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...