Selamat tengah hari...Harap semuanya sudah lunch tengahari tadi kan. Kali ni Ida nak share satu resepi telur dadar bersama kacang buncis. Ida pernah makan telur dadar macam ni kat sebuah kedai makan. Nampak lain dari yang lain tak macam telur dadar biasa.
Ida ni suka mencuba. Terlintas kat fikiran ni nak masak sebagaimana kat restoran tu.hehe...resepinya simple, tapi hasilnya sedap. Menu camni sedap dimakan bersama tomyam/sup dan nasi putih.
Paling bestnya bila tengok warna kacang buncis yang menghijau cantik tu, tak macam kacang panjang, warnanya mudah layu bila dimasak. Kene pulak dengan telur dadar yang sedap, tepi-tepi telur tu rangup sedikit.
Bahan-bahan:
- Sedikit kacang buncis
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 1/4 bawang besar (dihiris)
- 1/2 biji lada merah (dihiris)
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak (untuk menumis) ****
- 2 biji telur
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/4 sudu tepung jagung (untuk rangup sedikit)
- Secubit garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
- Bersihkan kacang buncis dan dipotong serong.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga layu.
- Masukkan kacang buncis. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul sekata.
- Kemudian, masukkan bawang besar dan lada merah. Biarkan kacang masak dan boleh padamkan api dan ketepikan.
- Untuk telur dadar, pukul telur bersama bawang putih, garam dan serbuk perasa.
- Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan goreng telur dadar seperti biasa sehingga masak.
- Hidangkan telur dadar, letakkan kacang buncis goreng di atasnya. Siap..
cantik !
ReplyDelete& sedap...=)
Delete