Genius aulad


Followers

Monday, March 31, 2014

Resepi Masak Lemak Ikan Siakap

Ikan siakap selain sedap dimasak 3 rasa, masak merah dan masak stim ianya juga sedap dibuat masak lemak. Isi ikan siakap yang putih dengan rasanya yang manis sangat menyelerakan. Tambahan pula bagi ikan siakap yang segar. 

Okey...sesiapa yang ada perancangan nak masak ikan siakap tu, apa kata cuba buat masak lemak pulak. Pasti ianya juga bakal menambat selera makan sekeluarga. Resepinya seperti di bawah ni.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor siakap (dibersihkan dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir dan potong 4)
  • 4 cawan santan (1/2 biji kelapa parut) 
  • 4 sudu serbuk kari ikan (Adabi)
  • 1 helai daun kunyit (basuh bersih-potong sederhana besar)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih  (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar) 
  • 2-3 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup/serbuk kunyit (dikisar)
  • 2 biji cili padi (diketuk)
  • 1 biji lada merah (dipotong 2)
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk kari ikan (adabi). Kacau sekata.
  3. Dengan api yang sederhana kemudian masukkan santan dan kacau lagi sehingga mendidih.
  4. Selepas itu masukkan ikan siakap yg telah siap dipotong.
  5. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan serbuk perasa. Perasakan secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan lada merah dan daun kunyit. Jangan masak terlalu lama takut ikan terlalu masak dan lembik. Biarkan seketika sahaja dan padamkan api. 
  7. Siap dan sedia untuk dihidang.



Emmm....sedap dimakan dengan nasi putih, bersama ulam-ulaman. Bau daun kunyit menambahkan lagi aroma masak lemak ikan siakap ni. 

Selamat mencuba...=)




2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...