Genius aulad


Followers

Sunday, March 23, 2014

Bihun Goreng: Hidangan Sarapan Pagi

Apa menu breakfast korang pagi-pagi hari minggu ni ek?? Memandangkan hari ni suami pun ada kat rumah, so Ida nak buat bihun goreng untuk sarapan pagi. Teringat yang saki-baki keropok pun ada lagi, sedap dimakan bersama bihun goreng ni. Afif memang suka makan keropok ni. Lepas satu-satu habis dimakannya. 

Bihun goreng ni, menu yang boleh dikatakan simple juga la. Ia sesuai bagi menggantikan menu untuk nasi. Rasanya ramai yang dah biasa buat bihun goreng ni kat rumah. Walaubagaimanapun Ida nak tulis jugak la resepinya..untuk rujukan bila perlu nanti..:)




Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (direndam sehingga lembut & tidak terlalu lembik) 
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar lada kering kisar/cili boh 
  • 2 sudu besar udang kering (ditumbuk) 
  • 1 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam (dihiris)/udang
  • Sedikit sawi (dibersihkan dan dipotong) 
  • Garam dan gula dan serbuk perasa secukupnya 
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit air
  • Daun bawang/sup (dihiris)
  • Lada merah (dihiris)
  • Timun (dihiris)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan lada kering kisar/cili boh. Kacaukan dan biarkan dia garing sedikit.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap dan sedikit air. 
  3. Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
  4. Masukkan isi ayam/udang dan biarkan ia masak. 
  5. Selepas itu, pecahkan telur dan kacau sekata sehingga telur masak. 
  6. Kemudian masukkan bihun yang telah ditoskan dan juga sawi yang telah dipotong. Kacau dan gaul sekata bihun dan pes tumis tadi sehingga sayur layu dan air kering. 
  7. Bila bihun dan masak lembut, boleh la padamkan api. Siap.



Hidangkan bersama daun bawang/sup, lada merah, dan timun. Boleh juga dihidangkan bersama telur dadar bersama lada sulah yang digoreng nipis, digulung dan dihiris. Sedap dimakan bersama keropok. Krukk, krukk..sedapnya..=)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...