Followers

Saturday, June 2, 2018

Hasil Berblog: Cash Out H12 Media Avertising

Assalamualaikum wbt...

Sekian lama jarang-jarang sekali jenguk blog. Haiih..masa begitu mencemburui tak kala sibuk menguruskan tugasan harian. Setelah hampir setahun kot jari jemari ni tidak berlegar-legar menaip bait-bait patah perkataan dalam blog ini. Subhanallah, Allah swt maha pemurah, masih ada rezeki yang menjengah hasil berblog. 

Ini antara salah satu account yang masih aktif H12 UK LTD (H12 Media Avertising). Alhamdulillah walaupun tak seberapa tapi cukup membuatkan hati rasa gembira sangat. $19.36 USD telah terkumpul. Haa...nak tahu berapa? Korang convert la sendiri ke RM. Nilainya tak banyak mana. Tapi boleh la guna time gawat-gawat ni. Lepas sehelai dua baju raya untuk anak tu. hehe.... (Muka teruja dapat duit US)..hahaha...


Walau apa pun terima kasih kepada H12 UK LTD kerana masih belum mengingkirkan saya walaupun blog tak berapa aktif sekian lama. 

Rindu sangat sebenarnya, apakan daya...Hmmm...Sekarang ni blog ni berguna semula untuk diri sendiri sebagai sumber rujukan resepi-resepi. Haha... I know dah banyak viewers untuk resepi-resepi hot dalam blog ni. Apa pun tak kisah sebab memang semua tatapan resepi dalam blog ni is for sharing together. InsyaAllah bulan baik ini semoga semua mendapat barokah daripada Allah SWT. InsyaAllah. 

~Salam Ramadhan~


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...