Followers

Sunday, August 18, 2013

Resepi Tomyam Ala Thai

Tomyam, sinonim dengan pedas dan masam. Hmm...berair air liur ni dibuatnya bila teringatkan rasa tomyam ala thai ni. Kalau nak tahu, tomyam ni salah satu hidangan favorite Ida sekeluarga juga. Selalunya Ida akan gunakan perencah tomyam Mae Pranom Brand-Thai Chili Paste. Mungkin ni la yang menjadikan tomyam yang Ida masak ni ala thai. hehe..Jom tengok resepinya..


Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • 6-8 ekor udang (sederhana besar)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 biji bawang merah (bersaiz besar) - dibelah empat
  • 3 sudu pes Mae Pranom Brand-Thai Chili Paste
  • 1 sudu cili giling 
  • 3-4 cili padi merah (terpulang kalau nak pedas)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar asam jawa Adabi Xtra
  • 3-4 cawan air
  • Garam & perasa
  • Sedikit minyak
  • Sayur-sayuran (bunga kubis, jagung muda, tomato, lobak merah)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. 
  2. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. Masukkan lengkuas, serai, Thai Chili Paste dan asam jawa. Tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan ayam, kacau sekejap.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan udang.
  5. Masukkan cili padi,daun limau purut, garam serta serbuk perasa.
  6. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bawang besar dan merah. 
  7. Biarkan sekejap. Padam api. 
  8. Dah siap. Tomyam Ala Thai sedia dihidang.







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...