Followers

Saturday, August 31, 2013

Resepi Bihun Sup


Sempat juga nak upload resepi bihun sup ni. Sebenarnya resepi ni lebih kurang sama dengan resepi nasi air/nasi sup yang Ida buat tu, cuma resepi bihun sup ni ada sket yang Ida tambah bahan-bahannya. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan: ( 2 orang )

  • Bihun  (diremdam seketika dengan serbuk kunyit/pewarna-kalau nak warna kuning)
  • 2 ketul ayam (bahagian dada)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Seinci halia (ditumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 rempah sup
  • 1 sudu Rempah kurma
  • Garam, gula dan serbuk secukup rasa maggi secukupnya
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (dibelah)
  • Kicap pekat manis
  • Sedikit sawi/taugeh
  • Daun bawang/daun sup dipotong halus
  • Bawang goreng
  • Minyak untuk menumis
  • Air
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih sehingga naik bau dan perang sedikit.
  2. Masukkan ayam dan gaulkan seketika, kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau lagi.
  4. Masukkan garam, gula dan secukup rasa maggi secukupnya, kacau dan biarkan mendidih.
  5. Setelah masak, keluarkan ayam tadi dan biarkan sejuk untuk disiat-siatkan isinya. 
  6. Sementara itu sawi, taugeh boleh la di celur atau diremdam dalam air panas seketika dan toskan.
  7. Untuk sambal kicapnya pula, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  8. Setelah siap, bihun sedia dihidang dalam mangkuk dan dimasukkan sekali dengan taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atasnya.
  9. Siap. Sedia dimakan panas-panas. Boleh makan dengan sambal kicap tadi.





No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...