Genius aulad


Followers

Monday, August 26, 2013

Resepi Murtabak Maggi

Salam..

Pernah makan murtabak maggi tak? Suka tak? hehe....Ida pernah buat murtabak maggi ni. Sedap. Ramai jugak yang tanya camner buat ni.hehe...senang je. Dulu Ida pun tengok resepi ni jugak, tapi dah lupa dah tengok kat mana. Nak senang, Ida gunakan pemanggang ikan ajaib tu. Ok, jom tengok resepi kegemaran ramai ni..:)



Bahan-bahan:
  • 1 bungkus maggi perisa kari bersama perencah
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • Sedikit daun bawang/kucai (dipotong)
  • 1 biji cili merah (dipotong)
  • Sedikit secukup rasa
  • Sos cili (pencicah)


Cara-cara:

1.  Rendam maggi dengan air panas sehingga lembut kemudian toskan. 
2.  Pukul telur dengan bawang putih, perencah maggi dan secukup rasa. 
3.  Masukkan cili, daun bawang yang telah dipotong.
4.  Akhir sekali masukkan maggi yang ditoskan tadi.

Setelah semua bahan-bahan dimasukkan jadi la macam ni:)

5.  Panaskan sedikit minyak dalam pemanggang ajaib. 
6.  Dengan menggunakankan api yang kecil, masukkan adunan dan ratakan.
7.  Setelah satu bahagian masak, boleh terbalikkan untuk bahagian yang sebelah lagi.
8.  Setelah kedua-dua bahagian masak.boleh la di angkat.

Setelah masak potong kecil-kecil macam ni.
Murtabak Maggi: Sedap dimakan panas-panas dengan sos cili.




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...