Followers

Sunday, August 18, 2013

Resepi Ayam Goreng Kicap

Hari-hari makan ayam ni, naik jemu dah. Hmmm....tapi kali ni cara masak ayam ni lain sket. Ayam goreng kicap. Kira lain la tu. hehehe... Jom, tengok resepi ayam masak kicap.


Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 1/4 bahagian ayam (potong kecil dan bersihkan)
  • Sedikit garam kunyit 
  • Sedikit minyak (untuk menggoreng)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putis (mayang)
  • 1 cm halia- (tumbuk)
  • Kicap pekat manis secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2-3 biji cili padi
  • 1 ulas bawang merah (belah 4)
  • Secukup rasa

Cara-cara 

  1. Potong ayam kecil-kecil, bersihkan dan lumurkan ayam dengan garam kunyit.
  2. Kemudian goreng ayam tadi separa masak. Kemudian ketepikan.
  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
  5. Akhir sekali masukan cili dan bawang yang dipotong
  6. Biarkan seketika  dan padamkan api.
  7. Dah siap dan sedia dihidangkan.







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...