Genius aulad


Followers

Friday, August 30, 2013

Resepi Nasi Air/ Nasi Sup

Salam...:-)

Kali ni Ida nak share resepi  kegemaran Ida. Time pregnant dulu, selalu mengidam nak makan nasi macam ni. hehe...yela, time preggy, selera makan tak de. Teringin nak makan nasi yang lembik ala-ala bubur nasi. Sebenarnya, nasi air atau pun nasi sup ni, memang popular di Kelantan dan Terangganu. Kat KL, mungkin panggil nasi bubur, tapi cara penyediaan lain sket la. Menu ni, sesuai untuk semua, bukan untuk orang sakit or tak lalu makan je. Orang sihat pun ramai yang meminati hidangan nasi air/nasi sup ni. Sedap dimakan panas-panas. 



Bahan-bahan (nasi) : (3-4 orang)
  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air * bergantung pada nasi
  • 3 hiris halia
  • Sedikit garam
* Selalunya Ida rendam beras untuk 30min-1 jam, pastu ditumbuk kasar supaya beras jadi cepat empuk. Nasi pun senang masak dan jadi lembik.

Bahan-bahan (sup ayam): 
  • 3 bahagian dada/isi ayam
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 rempah sup
  • Sedikit secukup rasa (Maggi)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Air
Bahan-bahan lain
  • Ikan bilis goreng
  • Telur masin (rebus dan di belah 2)
  • Daun sup (dihiris)
  • Cili merah (dipotong)
  • Bawang goreng
  • Limau nipis

Cara-cara:
  1. Basuh beras beberapa kali sehingga bersih. Masukkan kesemua bahan untuk nasi dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, boleh tambah air.
  2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Bila dah masak, padamkan api.
  1. Untuk sup. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan rempah sup. (pastikan air cukup untuk nasi - selalunya nasi sup/nasi air perlukan kuah yang banyak).
  2.  Masukkan ayam dan biarkan mendidih. Tambah garam, gula dan secukup rasa. Bila ayam dah empuk boleh padam api.
  3. Keluarkan ayam dari sup. Sejukkan dan carik-carikkan isi ayam menjadi kecil-kecil.
  4. Hidangkan nasi ke dalam mangkuk kemudian curahkan kuah sup. Masukkan isi ayam, telur masin, cili potong, daun sup, perahan limau nipis dan ditabur dengan ikan bilis goreng serta bawang goreng. 
  5. Yum,yum...selamat menjamu selera:)



2 comments:

  1. Rindunyaaaa nak makan ni😢😢😢
    Kt tempat lain susah nak jumpa. Tq sudi share resepi nti nk cuba buat.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...