Genius aulad


Followers

Friday, August 30, 2013

Resepi Nasi Ayam Special

Salam...

Hai ibu-ibu, kakak-kakak..pening duk mencari resepi untuk menu lunch ke?? hehe...meh tengok resepi yang Ida nak share, iaitu salah satu resepi nasi ayam yang sedap ni.(suami cakap sedapnyer..hehe...). Resepi asalnya pun dah lupa Ida ambil kat mane..

Untuk nasi ayam kali ni Ida nak buat ayam bakar, sebelum ni goreng je..Hmm...ini yang special nih...:P Okey, tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepinya.


*Untuk 3-4 orang makan

Bahan-bahan untuk rebus:
  • Sedikit ayam (bahagian tengkuk,kaki,kepak/terpulang)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
Bahan-bahan untuk perap:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong)
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap
  • 1/2 inci halia (diblend)
  • 2 ulas bawang putih (diblend)
Bahan-bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 2 sudu besar planta
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • air rebusan ayam secukupnya untuk masak nasi 
  • secubit garam
Bahan-bahan untuk sos:
  • 1 biji cili merah (diblend)
  • 1/2 tomato (diblend)
  • 3 ulas bawang putih (ditumis)
  • 1/2 inci halia (ditumis)
  • 1 sudu cuka
  • 1/2 cawan air
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan untuk kicap:
  • Lebihan bahan perap ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • 5-6 sudu kicap
  • 1/2 cawan air
Bahan-bahan untuk sup:
  • Lebihan air rebusan ayam
  • 1 rempah sup
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan untuk ulam:
  • Timun (dihiris)
  • Salad/Kubis (dipotong)
  • Tomato (dihiris)

Cara-cara:
1. Rebus ayam untuk direbus tadi dengan air (air agak-agak cukup untuk masak nasi dan untuk sup). Masukkan sekali dengan halia dan bawang putih yang di ketuk. Biarkan mendidih.

2. Perap ayam yang dipotong dan sudah bibersihkan dengan bahan-bahan untuk perap selama 20-30 minit. Bakar ayam menggunakan 'pemanggang ikan ajaib' sehingga masak. 


3. Sambil itu boleh la basuh beras, toskan dan ketepikan. Panaskan planta untuk tumis halia dan bawang putih hingga bau wangi. Kemudian dimasukkan kedalam periuk beras tadi dan dimasukkan air rebusan ayam secukupnya dan secubit garam. Masak nasi seperti biasa.

4. Tumis bawang putih dan halia. Kemudian masukan semua bahan kisar untuk sos. Tambahkan sos tomato dan sos cili jika suka.


5. Untuk kicap panaskan kuali, tumis bawang putih dan masukan lebihan sos untuk perap ayam tadi. Masukkan juga kicap dan air secukupnya bersama sedikit serbuk perasa.


6. Untuk sup pula, air rebusan ayam didihkan bersama rempah sup, garam serta secukup rasa. Dah masak boleh la taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.



7. Akhir sekali, hidangkan dengan ulam-ulaman seperti salad dan timun. Ida gantikan salad dengan kubis:-)


8. Siap. Nasi ayam special :)




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...