Followers

Saturday, August 24, 2013

Resepi Popia Nestum (Kerepek)

Salam..

Kali ni teruja nak buat kerepek popia nestum. Al-kisahnya untuk popia nestum ni macam ni. hehe..(dah start dah..). Masa duk di rumah kat KL, Ida dah buat sket popia gulung serunding, tapi tak sempat nak siapkan. Jadi semua bahan-bahan ni, Ida wat balik kampung. Kononnya nak sambung buat kat rumah mak kat kampung pulak.hehe....tapi malangnya, kulit popia tu dah rosak la, susah nak gulung, dan tak melekat lagi. Nasib baik tak buang lagi kulit popia tu. Kakak Ida ada cadangkan suruh buat popia nestum untuk kulit popia tu daripada membazir. 

Dengan sedikit kerajinan yang masih berbaki dan semangat dari suami, maka kami beli bahan-bahan untuk membuat kerepek popia nestum walaupun dah last minit dah nak raya. Cam gitu la ceritanya.hehe....Ida panggil kerepek, sebab popia nestum ni macam kerepek. hehe.. Cara buatnya senang sangat. Bahan-bahan dia pun sket je. Tapi rasanya sedap...hemmm....Apa lagi dah panjang lebar duk cerita ni jom la tengok resepi kerepek popia nestum.



Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  • 1 1/2 cawan Nestum.
  • 1 cawan susu tepung 
  • 1/2 cawan gula icing (sukatan bergantung kalau nak manis)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Caranya senang semudah 1,2,3,4..:)
  1. Kulit popia di gunting/potong kepada bahagian kecil-kecil.
  2. Siatkan/leraikan sehelai demi sehelai kulit popia tadi sehingga habis.
  3. Goring sehingga bewarna kuning keemasan.
  4. Biarkan sejuk.
  5. Sementara tu, blend kan nestum, kemudian gaulkan dengan susu tepung dan gula icing.
  6. Selepas tu, gaulkan aduanan tadi dengan kulit popia yang dah sejuk. 
  7. Biarkan kesemuanya rata. Sekarang dah siap..:-)







1 comment:

  1. Mudah Menarik... Selalunya orang buat gulung kulit popia tu. Boleh cuba ni

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...