Followers

Friday, August 23, 2013

Berbuka Puasa di Fiske Steakhouse & Asam Pedas

Salam...

Hai..Salam lebaran. Raya sudah puasa pun sudah.hehe..Tapi Ida baru nak update story pasal berbuka puasa hari tu. Maklum la time tu dah penghujung Ramadan dah, busy dengan persiapan raya dan persiapan nak balik kampung bagai. So, tak sempat nak update blog. 

Okey kali ni, Ida nak cite sket pasal berbuka puasa kat sini lah. Fiske Steakhouse & Asam Pedas. Sape-sape yang belum pernah datang boleh cuba. Siap recommend lagi ni.hehe..bukan apa memang sedap dan berbaloi. 

Fiske Steakhouse ni terletak kat  No. K4, Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat. Sebelum ni pernah makan kat sini dan kali ni restoran ni menjadi pilihan lagi untuk berbuka puasa pula. Bagi penggemar western food seperti chicken chop, lamb chop sume boleh la datang ke sini. Bukan itu sahaja, di sini juga terkenal dengan hidangan asam pedas melaka. So, kali ni kami nak try asam pedas pulak. 

Ini la keadaannya, time menunggu waktu berbuka. Seronok plak, macam berbuka ramai-ramai sambil menunggu azan maghrib, cuma meja je yang berasingan. hehe...

Suasana dalam restoran. Masing-masing ada cerita tersendiri sambil menunggu waktu berbuka.

Time nak berbuka, sudah tentunya meja makan sume fully booked. So, kami tempah awal-awal untuk berbuka, itu pun atas jasa baik kawan husband ni yang tolong booked kan. Terima kasih untuk beliau..hehehe:). Bukan dalam bulan puasa je, hari-hari biasa pun kat sini memang ramai orang, sehingga tak cukup meja.  
Suasana di luar restoran, masih lagi cerah walaupun dah hampir pukul 7 p.m. 

Setengah jam sebelum berbuka, kami dihidangkan dengan menu yang di order oleh pelayan-pelayan restoran. 

Inilah hidangan berbuka kami. Nasi putih (lengkap dengan telur masin, sambal dan ulam) + air sirap selasih, asam pedas ikan pari, telur dadar,  chicken chop dan sup ayam + roti bakar untuk my boy. Minuman pula jus tembikai laici dan tea o ais limau..emmm...nasib la time update entry ni, dah tak puasa. hehe..



Ini menu asam pedas melaka. Kat sini terdapat pilihan asam pedas seperti ikan kembung dan ikan pari. (Ikan patin takde plak.hehe..). Huh...pedas betol...! 


Ini pula untuk menu chicken chop (grill). Satu set lengkap dengan spaghetti sup. 


Seronoknya Afif berbuka, tapi berbuka Afif berbuka awal, sebab tak puasa.hihihi....Setengah mangkuk jugak habis sup ayam tu. 



Ini ialah slip untuk order makanan ditanda dalam dua salinan. Satu untuk customer, satu lagi untuk urusan pengeluaran bil. 

Semua makanan dan minuman kat sini dihidangkan dengan harga yang berpatutan. Pelayan restoran pun cekap je. Orang kata good customer service jugak la. Apa pun kami enjoy food kat sini, sedap:)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...