Genius aulad


Followers

Saturday, August 24, 2013

Resepi Popia Serunding Gulung (Mini)

Salam..

Hi, kali ni Ida nak share cara buat popia serunding mini yang Ida buat untuk raya hari tu. Korang buat biskut raya tak?? Atau beli je.hehe..Untuk raya ni, Ida pun banyak yang beli jugak, cuma terlebih rajin sket je, nak buat popia serunding ni.hehe...Lagipun dah lama suami belikan serunding yang tersimpan dalam peti ais tu. Senang je. Cuma kena ada sedikit kesabaran untuk menggulung popia yang kecil-kecil ni. Dah namanya pun mini kan...Ok la jom kita tengok resepinya. 


Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • Serunding
  • Putih telur 
  • Minyak masak
Cara-cara:

Tengok gambar ni pun, mungkin dah faham kan..:)
  1. Gunting/potong kulit popia bentuk empat segi tepat
  2. Letakkan inti serunding atas kulit popia tu. Ida guna surunding daging.
  3. Lipat kulit popia dan lekatkan menggunakan putih telur. (Kadang-kadang Ida guna je sekali dengan kuning telur, sebab nanti membazir plak kuning telur ni.hehe...pepandai..)
  4. Ulang langkah yang sama sehingga kulit popia habis digulung.
  5. Dah siap kesemuanya, boleh la digoreng sehingga kuning keemasan.
  6. Sejukkan, dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. 

Bila dah siap, boleh simpan dalam balang plastik ni dan sedia untuk hari raya :)





No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...