Followers

Tuesday, August 20, 2013

Resepi Nasi Lemak Special

Salam...

Nasi lemak sememangnya sudah menjadi menu kegemaran ramai kan. Jarang-jarang sekali makan boleh la..kalau hari boleh naik berat badan ni. hehe... Resepi nasi lemak yang Ida masak ni lebih kurang sama juga dengan resepi yang lain. Cumanya ia special sebab ada ayam goreng dan papadom lagi. hehe.. Dengan lauk pauk yang ditambah dalam menu asal nasi lemak ni ia memang nampak menyelerakan. Maklum la, ini bukan menu sarapan pagi kami sekeluarga tapi resepi berbuka puasa hari tu. Tukar-tukar selera makan.. :)


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

Bahan untuk nasi:
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan dan 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam

Bahan untuk sambal:
  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • Segenggam ikan bilis (dibasuh)
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan secukup rasa

Bahan sampingan lain :

  • Ikan bilis goreng
  • Telur rebus 
  • Timun
  • Papadom yang digoreng
  • Ayam goreng


Cara-cara:
  1. Basuh beras seperti biasa. Masukan semua bahan-bahan untuk nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa. 
  2. Untuk sambal bilis. Tumis bawang besar, masukkan semua bawang yang ditumbuk, cili mesin sehingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan boleh la masukkan ikan bilis.
  4. Masukkan gula dan secukup rasa. Selalunya ikan bilis dah masin, tak perlu masukan garam. Tapi bergantung pada keadaan.
  5. Biarkan seketika sehingga kuah pekat sedikit. 
  6. Dah masak. Sedia dihidang dengan nasi lemak tadi bersama lauk pauk lain. 



* Kalau nak tambah kacang tanah goreng pun boleh juga.



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...