Genius aulad


Followers

Sunday, August 25, 2013

Resepi Rendang Ayam

Untuk resepi rendang ayam, resepinya sama juga untuk resepi rendang daging. Cuma gantikan daging dengan  ayam. Untuk menu hari raya lepas, Ida memang buat dua jenis rendang ni, ayam dan daging. Mujur la kedua-duanya sedap.hehe...(puji sendiri)hehe...

Rendang ayam ni pun, Ida gunakan rempah yang sama iaitu rempah cap bunga rose. Nanti la, next time nak try buat menggunakan rempah-rempah yang lain pula. (Test and taste.hehe..). Oppss...once again, thanks Dapur Malaysia. Jom tengok resepinya. 



Bahan-bahan ( 4 -6 org )
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil (cuci bersih dan toskan)
  • 1/2 cawan cili kering kisar
  • 1 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1/2 inci lengkuas ((dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dilawang nipis)
  • 5 ulas bawang putih (dilawang nipis)
  • 1 labu bawang besar (dilawang nipis)
  • 1 biji kelapa (diambil santan - sederhana pekat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/4 cawan kerisik
  • 2 daun limau purut
  • 2 daun kunyit
  • sedikit gula melaka/gula merah
  • garam cukup rasa
  • 2 keping asam gelugor

Cara-cara:

  1. Masukkn ayam brsama cili kisar, bahan-bahan yang dikisar halus, 3 jenis bawang, kulit kayu manis dan buah pelaga ke dalam kual. Gaulkan (guna api sederhana).
  2. Masukkan santan dan kacau. 
  3. Biarkan sehingga kuah 1/2 kering, masukkn pula kerisik, asam gelugor, gula melaka, daun kunyit dan daun limau purut.
  4. Bila rendang hampir kering, masukkn garam dan serbuk perasa.
  5. Masak sehingga agak-agak tidak terlalu kering dan lembab-lembab sedikit.
  6. Siap. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
  7. Sedia dihidangkan.

Rendang ayam: Sedap dimakan dengan nasi impit, ketupat nasi atau lemang.



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...