Followers

Tuesday, August 20, 2013

Resepi Hati Lembu Goreng Bersantan

Salam..

Hai...Korang pernah makan hati tak?? Bukan hati dan perasaan tu, tapi hati lembu la..hehe...Resepi kali ni berbeza sket, tak tahu la korang pernah masak hati lembu dengan cara macam ni ke tak. Sebenarnya Ida pun tak tahu apa nama resepi sebenar masakan ni. Tapi selalu makan mak masak camni.hehe.. so main letak je nama untuk resepi ni, hati lembu goreng bersantan..:) 



Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo hati lembu - dipotong kecil-kecil
  • 1 inci kunyit (untuk garam kunyit)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji lada besar (merah/hijau)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 ulas bawang besar
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Perap hati lembu yang dipotong dengan garam kunyit seketika.
  2. Dengan api yang sederhana, masukkan hati lembu yang diperap tadi. Biarkan mendidih dan kering airnya.
  3. Setelah kering airnya, masukkan santan dan serai.
  4. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya pekat sedikit. 
  5. Last sekali masukkan lada yang dipotong dan bawang besar.
  6. Siap, dan sedia dihidang.






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...