Followers

Monday, August 19, 2013

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Salam..

Apa resepi korang hari ni?? Kali ni, Ida nak share resepi ikan siakap 3 rasa.  Apa yang sampai 3 rasa ni. Manis, masam, pedas kan, kan, kan...(^_^). Ikan siakap ni kalau kat kampung Ida, dipanggil Ikan Kakap. Dulu ingatkan dua nama ikan ni berbeza, tapi rupanya sama. Ikan siakap, atau dikenali juga ikan kakap puteh. :)

Bahan-bahan:
  • Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 inci halia(dicingcang halus)
  • 2 biji bwg putih (dicingcang halus)
  • 1 bji bwg besar(dipotong dadu kecil)
  • 5 biji cili api(dihiris halus)
  • 1 biji tomato(dibuang biji dan dipotong dadu kecil)
  • Sedikit nenas(dipotong dadu kecil)
  • Sedikit carrot (potong dadu)*jika mahu
  • 3 sudu besar lada kering (yg sudah kisar)
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit garam
  • 2-3 sudu gula
  • 1 sudu kecil asam jawa Adabi
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Ikan diperap dengan sedikit garam, kunyit, halia, serbuk perasa yang ditumbuk. Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. Untuk sos pula, panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi, cili giling/lada kering kisar dan halia sampai naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, asam jawa, gula, dan sedikit air.
  4. Masukan juga garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Apabila mendidih, masukkn tomato, nenas, carrot, cili api dan daun limau purut.
  6. Biarkan seketika dan padamkan api.
  7. Lastly, curahkan sos 3 rasa tadi ke atas ikan yang digoreng tadi. 
  8. Siap. Sedia dihidang. Siakap 3 rasa.:)



* Ida saje tambahkan carrot yg dipotong dadu supaya nampak variasi color lagi atas ikan tu..:)
* Nak tambah rasa masam yang original lagi untuk sos, perah limau sunkist, ambil air dia, lagi sedap. Jus limau sunkist boleh gantikan nenas.

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...