Genius aulad


Followers

Sunday, August 18, 2013

Resepi Ikan Talipia Merah Bakar

Salam. Hai,

Kali ni satu jenis lagi nama ikan yang Ida kenal. Ikan Talipia Merah. Nampak ikan ni macam fresh je kat pasar tadi, tu yang beli. Suami cakap ikan ni kalau bakar, sedap. Apa lagi terus cari resepi ikan bakar untuk ikan ni. Mudah je resepinya.


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tilapia merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu lada kering (yang diblend)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • Garam
  • Serbuk perasa


Cara-cara:
  1. Blend kan semua bahan-bahan diatas.
  2. Masuk garam dan serbuk perasa secukupnya. 
  3. Kemudian perapkan ikan dengan bahan yang telah diblend lebih kurang 1/2 jam..
  4. Bakar menggunakan pemanggang ajaib sehingga masak.



* Boleh juga gunakan oven untuk bakar ikan ni.. Selamat mencuba ye. Senangkan:)




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...