Followers

Sunday, August 18, 2013

Resepi Ikan Pari Salai Masak Lemak Cili Api

Salam,

Kali ni Ida nak share resepi ikan pari ni. Kalau dulu mak selalu masak time bulan-bulan puasa. (Mungkin bulan puasa, juadahnya pun special juga la.hehe...) Kali ni nak try masak. Teruja nak masak, sebab suami katanya tak pernah makan lagi ikan pari salai masak lemak ni. 


Bahan Bahan (2 orang makan):

  • Ikan pari 1 ekor (dipotong)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci kunyit (dikisar)
  • 1inci halia (dikisar)
  • 3 biji cili padi (dikisar) - terpulang kalau nak pedas boleh tambah
  • 2 cawan santan kelapa
  • air secukupnya
  • 1 batang serai (dititik)
  • Asam Keping
  • 3 tangkai daun kesum
  • Garam dan serbuk perasa


Cara-cara :
  1. Salai ikan pari dan ketepikan dahulu.
  2. Dengan api yang perlahan masukkan bahan blender tadi ke dalam periuk.
  3. Kemudian, masukkan serai dan kacau perlahan-lahan.
  4. Biarkan seketika, masukkan santan dan kacau supaya sebati.
  5. Masukkan  air untuk kuah yang secukupnya dan masukkan juga asam keping.
  6. Kacau lagi dan masukan daun kesum.
  7. Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan ikan pari yang telah disalai tadi
  8. Tambahkan sedikit garam dan secukup rasa.
  9. Siap dan sedia dihidang.






2 comments:

  1. Nampaknya Sedap
    Terima kasih atasa recipenya :)

    ReplyDelete
  2. Salai tu maksud nya ikan nya di apain ? Di rendam apa di goreng balas ya

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...