Genius aulad


Followers

Tuesday, July 23, 2013

Resepi Sup Tulang

Ini la sup tulang versi Ida cook style sempoi. hehee...Trend sup tulang yang Ida masak ni ala-ala sup daging kat Ani Sup Utara, restoran favorite kami time teringin nak makan sup. Tapi yang sup yang Ida buat ni rasa dia mungkin agak-agak sama tapi tak serupa la. :)


Bahan-bahan:
  • 1kg tulang lembu
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • ulas bawang putih - dimayang halus
  • 3 inch halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • 2 biji ubi kentang
  • Sedikit lobak merah
  • 3-4 biji cili merah
  • Limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bawang goreng dan daun sup
  • Secukup rasa
  • Air

  • Bahan tumis: 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara:
  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Rebus sehingga empuk dengan api yang sederhana.
  2. Sementara menunggu empuk, masukkan rempah sup bunjut, lada hitam dan halia. Tambah air untuk kuah yang mencukupi. 
  3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. 
  4. Sementara itu, tumis semua bahan untuk tumis dalam kuali berasingan sehingga naik bau. Masukkan tumisan tadi dalam rebusan tulang. 
  5. Masukkan garam, secukup rasa, sedikit gula. Setelah ubi kentang empuk boleh la padamkan api.
  6. tabur bawang goreng dan daun sup. Sedia di makan. 









No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...