Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Sambal Tumis Kerang

Salah satu lagi menu tumis en.suami, sambal kerang.hehe...Ida buat ni sebab tahu sangat dia memang suka sambal tumis. Cara buat sambal tumis kerang ni lebih kurang sama je dengan sambal tumis ikan bilis.

 


Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk isi kerang (direbus)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3-4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inch halia (dikisar)
  • sedikit belacan (jika mahu)
  • sedikit air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan sedikit belacan.
  3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula.
  4. Masak sampai kuah agak pekat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
  5. Biarkan seketika sampai bawang layu.. 
  6. Siap. Bolehlah dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak


* Lada kering Ida memang dah blend siap-siap dan simpan dalam peti ais. Nak guna senang, ambil je.
* Asam jawa Ida gunakan yang Xtra Adabi punya. Senang nak guna, bila perlu. 

Cepat dan sempoi kan...janji lazat..:))



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...