Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Telur Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum...

Salam Ramadan. Selamat berpuasa. Apa menu bersahur tadi? Kali ni Ida nak share resepi telur goreng ikan masin. Pernah dengar tak? Sebenarnya Ida pun tak pernah buat sebelum ni. Goreng telur dadar biasa tu pernah lah. Tapi ini la menu kegemaran suami Ida dan menu ni la yang selalu dibuat oleh mertua Ida, sebab tu la ianya menjadi kegemaran suami sampai ke hari ni..hehehe...


Resepi ni telur goreng ikan masin ni la salah menu menu sahur kami tadi. Maklum la, pukul 4.30 pagi bangun sahur, selera dan mood nak makan pun lain lah. Resepinya simple je.

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur ayam
  • 2 ketul ikan masin 
  • Secukup rasa
  • Cili merah


Cara-cara:
  1. Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan secukup rasa, cili (terpulang nak ketuk ke tak nak) dan ketepikan. Tak perlu masukkan garam sebab ikan dah masin. 
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin seperti biasa.
  3. Lepas tu curahkan telur tadi dalam kauli dan biarkan masak bersama ikan masin. 
  4. Siap dan sedia dihidang.



So, cam ni rupanya ikan masin tu elok je berbungkus dalam balutan telur. 

*Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dengan rasa telur masin-masin. Perghhh...

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...