Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Daging Masak Merah

Boring makan ayam.. Hari-hari menu ayam je. Kali ni en. suami belikan daging. Katanya, nak makan masak merah daging. Resepi Ida semuanya simple dimple. Campak-campak apa yang Ida suke, dan ini lah hasilnya. Hasil air tangan seorang isteri. Suami suke. hehehe....



Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging (dicuci dan direbus dahulu sehingga lembut)
  • 2 cawan air rebusan daging @ air
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit halia 
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit asam jawa
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dipotong)


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumisan bawang dan halia yang di blend. 
  2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata. Tambah sedikit air. Biarkan mendidih.
  3. Lepas tu, masukkan daging yang dah direbus tadi, gaul rata. 
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau lagi bagi rata.
  5. Siap! Boleh dihidang bersama nasi panas2.



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...