Genius aulad


Followers

Sunday, July 14, 2013

Juadah Berbuka di Bazar Ramadan

Salam..

Sebut pasal bulan Ramadan ni seronok betul. Ada bazar ramadan.hehe..macam budak-budak pulak..
Ida, suami dan anak Ida ni sempat ke bazar ramadan, kat Sri Gombak. Bazar ramadan ni bukan sahaja memberi peluang untuk orang Islam membeli jaudah berbuka, malah kaum-kaum lain juga dapat menikmati kemeriahan bulan puasa. Mereka juga turut datang membeli pelbagai juadah yang terdapat di sini. 



Tengok ni, yang seronok anak Ida ni (Afif), siap dapat belon  dari 'orang astro'. Terima kasih uncle astro..:) Dorang geram tengok Afif ni...comel kan..hehe...siap berdokong dengan papanya. Budak-budak pun tahu seronok bila dibawak berjalan-jalan ni.hehe...


Apa juadah berbuka pilihan kami ni?? Semuanya macam sedap. (eh..puasa tak baik, berlebih-lebih, elak membazir)..;p Kami beli makan kegemaran untuk berbuka. Apa lagi, selera oranga Kelantan dan Terengganu, nasi kerabu dan nasi dagang. Hmm....nampak menyelerakan...


Kat sini macam-macam jenis ayam ada, ayam panggang, ayam golek, ayam goreng, ayam percik..waaaa......sedap kan...

 

Selain daripada nasi dan lauk, bazar ramadan juga terdapat pelbagai jenis kuih muih dan juga minuman. Pilih saja mana yang suka. Apa pun di bulan yang mulia ni, elakkan dari pembaziran ok. Pesanan dari Ida kita kene la belanja mengikut iman, jangan mengikut nafsu...:)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...